Starvendors KL Mega Raya Fest 2025: Festival Raya No. 1 Kembali dengan Lebih Meriah!

KUALA LUMPUR, 12 Mac 2025 – Sambutan Syawal tahun ini bakal lebih meriah dengan kembalinya festival paling dinanti-nantikan, Starvendors KL Mega Raya Fest 2025! Acara yang terkenal sebagai Festival Raya No.1 di Malaysia ini kembali dengan konsep yang lebih besar dan lebih menarik, berlangsung di KL Base, Lapangan Terbang TUDM, Sungai Besi.


Dengan gabungan konsep “Indoor” dan “Outdoor”, Starvendors menjanjikan pengalaman membeli-belah yang lebih eksklusif, interaktif dan penuh keceriaan untuk seisi keluarga. Festival ini akan berlangsung selama 80 jam tanpa henti, bermula 20 Mac hingga 24 Mac 2025, bagi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan kelengkapan raya dengan lebih mudah dan selesa.
Lebih Daripada Sekadar Festival – Syurga Membeli-Belah dan Hiburan!
Tahun ini, zon Indoor akan menampilkan pelbagai keperluan Aidilfitri seperti pakaian raya, aksesori, barangan kecantikan, dan produk eksklusif daripada jenama-jenama tempatan serta selebriti. Sementara itu, zon Outdoor pula bakal menjadi tumpuan pencinta makanan dengan seleksi juadah berbuka puasa dan sahur, dibuka dari jam 3 pagi 20 Mac hingga 6 pagi setiap hari.

Tidak hanya sekadar tempat membeli-belah, pengunjung juga akan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti:
✅ Persembahan artis terkenal sepanjang festival
✅ Pertunjukan cahaya dan hiasan kereta berhias
✅ Hujan Duit & Goodie Bags bernilai lebih RM100,000
✅ Kemudahan tempat solat, berbuka puasa dan sahur yang selesa


50 Artis Popular Turut Memeriahkan Festival!
Lebih 50 selebriti tanah air bakal turut serta dalam Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 dengan membuka booth mereka sendiri! Antara bintang yang bakal mencuri tumpuan termasuk: ✨ Dato’ Sri Siti Nurhaliza
✨ Kak KM
✨ Dato’ Fizz Fairuz
✨ Dato’ Afdlin Shauki
✨ Chacha Maembong
✨ Siti Sairah
✨ Ako Mustapha
✨ Ramlah Ram
✨ Noraniza Idris
✨ Agy, Prince Syed & Fatin, dan ramai lagi!


Bukan sekadar jualan produk, pengunjung juga berpeluang beramah mesra dan bergambar bersama artis kegemaran mereka sepanjang festival ini.

Beli Dulu, Bayar Kemudian dengan SPayLater
Starvendors KL Mega Raya Fest 2025 juga mendapat sokongan SPayLater sebagai Rakan Pembayaran Eksklusif, menawarkan kemudahan “Buy Now, Pay Later” yang Patuh Syariah. Pengunjung boleh memilih untuk membayar bulan depan tanpa caj, atau secara ansuran sehingga 12 bulan dengan diskaun eksklusif!


Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan Star Vendors Event Sdn Bhd, Dato’ Saripah Raziah (Ifa Raziah), festival tahun ini bukan sekadar meriah di KL, tetapi juga bakal menjelajah ke seluruh Malaysia dengan konsep Starvendors Foodstival di Melaka, Pahang, Pulau Pinang, dan Perak.


“Harapan saya untuk tahun ini adalah kita semua dapat bangkit bersama, termasuk usahawan-usahawan dan rakan-rakan selebriti, untuk terus maju ke hadapan. Starvendors Pasti Mega!” – Ifa Raziah
Jangan Lepaskan Peluang – Jom ke Starvendors KL Mega Raya Fest 2025!


Dengan ribuan jenama, selebriti, tawaran eksklusif, dan pelbagai aktiviti menarik, festival ini menjanjikan pengalaman raya yang luar biasa untuk semua pengunjung dari Malaysia, Brunei, Singapura, dan Indonesia.
Tandakan tarikh anda – 20 hingga 24 Mac 2025 di KL Base, Lapangan Terbang TUDM, Sungai Besi. Jom shopping, makan, dan berhibur di Starvendors KL Mega Raya Fest 2025!