Sumbangan Baju Raya dan Kuih Raya: Datuk Dr. Wan Azizah Wan Ismail Seru Wanita Jadi Pemimpin Dalam Keluarga dan Masyarakat

  • March 24, 2025
  • 2 min read
Sumbangan Baju Raya dan Kuih Raya: Datuk Dr. Wan Azizah Wan Ismail Seru Wanita Jadi Pemimpin Dalam Keluarga dan Masyarakat

Bandar Tun Razak – Lebih seribu wanita di seluruh wilayah Peristuan menerima sumbangan baju raya dan kuih raya daripada pewaris serta beberapa organisasi bukan kerajaan (NGO) yang hadir bersama-sama dalam majlis yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Majlis ini mendapat kerjasama erat daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan beberapa agensi lain.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berkata, “Kepimpinan wanita bukan sahaja diukur melalui kemampuan memimpin masyarakat, tetapi juga bagaimana mereka dapat memimpin keluarga mereka sendiri.

Dalam ucapan beliau, Datuk Azman Abidin menegaskan peranan penting wanita sebagai pemimpin dalam keluarga dan masyarakat.

Beliau memuji ucapan Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, yang turut menyertai majlis tersebut, yang mengingatkan bahawa kepimpinan wanita bukan hanya diukur melalui kemampuan memimpin masyarakat, tetapi juga kemampuan memimpin keluarga.

“Seorang wanita, terutamanya ibu, adalah pemimpin utama dalam keluarga. Jika seorang wanita dapat memimpin keluarga dengan baik, dia pasti mampu memberi impak positif kepada masyarakat dan negara,”-Datuk Azman.

Beliau turut menekankan bahawa seorang wanita harus menjadi contoh yang baik, seperti Datuk Seri Dr. Wan Azizah, yang bukan sahaja seorang ibu, tetapi juga seorang pemimpin dihormati, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Dalam majlis tersebut, Dr. Wan Azizah juga mengingatkan hadirin tentang peranan wanita dalam sejarah, dengan menyoroti fakta bahawa universiti pertama di dunia ini diasaskan oleh seorang wanita. Beliau menyeru semua wanita untuk mengambil peranan penting dalam masyarakat, bukan hanya sebagai ibu, tetapi juga sebagai pemimpin yang mampu memberi impak positif kepada negara dan dunia.

Apa yang dikatakan oleh Dr. Wan Azizah hari ini wajar dijadikan panduan dan inspirasi bagi wanita di seluruh dunia, sebagai simbol kehebatan dan kepimpinan yang tidak hanya berlandaskan peranan dalam rumah tangga, tetapi juga dalam konteks yang lebih besar – sebagai pembawa perubahan dalam masyarakat.

Datuk Azman menyatakan bahawa wanita memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat, dan peranan mereka harus terus dihargai dan diberdayakan untuk kemajuan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *