Kajang Plaza Medical Center (KPMC) & Dunia Melayu, Dunia Islam Berkolaborasi di Majlis Berbuka puasa dan Pengagihan Bubur Lambuk.

KAJANG, 24 MARCH 2025 – Kajang Plaza Medical Center (KPMC) baru-baru ini menganjurkan acara tahunan yang penuh dengan aktiviti bermanfaat dan bertepatan dengan semangat Ramadan. Acara ini turut melibatkan Dunia Melayu, Dunia Islam, serta sokongan penuh daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), bagi mempererat hubungan antara komuniti dan meningkatkan kesedaran sosial.


Menurut Datuk Haji Saroni Hj Judi, Ketua Pengarah Eksekutif KPMC acara ini dimulakan dengan perhimpunan pagi yang diikuti dengan Majlis Katam Quran. Para peserta seterusnya terlibat dalam aktiviti mengacau Bubur Lambuk yang kemudiannya diedarkan kepada orang ramai di tepi jalan. Keakraban acara ini turut dirasai dengan sesi berbuka puasa bersama, diikuti dengan solat terawih serta tazkirah untuk memperkukuh semangat ukhuwah.
100 Penerima Asnaf Terima Bantuan Dapur Bernilai RM180 Setiap Satu
Salah satu acara paling signifikan dalam program tahunan ini adalah penyampaian bantuan dapur bernilai RM180 setiap satu kepada 100 orang penerima asnaf. Bantuan ini bertujuan meringankan beban mereka dalam persiapan menyambut Hari Raya. Penaja utama bagi inisiatif ini adalah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), yang bersama dengan Dunia Melayu, Dunia Islam, berusaha menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.


Dunia Melayu, Dunia Islam: Membina Jalinan Silaturahim Antarabangsa dan Komuniti
Dunia Melayu, Dunia Islam, yang dipimpin oleh Tuan Gavernor Negeri Melaka selaku Presiden, kini melibatkan 23 negara di seluruh dunia. Datuk Saroni yang juga merupakan Pengurus Dunia Melayu Dunia Islam.
“Sebagai organisasi yang berperanan dalam mempererat hubungan silaturahim antara umat Islam, kami tidak hanya menjalankan program-program sosial, tetapi juga aktif dalam memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan”.
Dengan kutipan zakat berjumlah RM16 juta yang dikumpul di Negeri Selangor sepanjang tahun ini, MAIS telah berjaya menyediakan bantuan berupa barang dapur yang diagihkan kepada golongan asnaf.


Seruan Kepada Korporat dan Syarikat Untuk Terlibat Dalam Program CSR
Dalam ucapannya beliau menyeru kepada syarikat-syarikat korporat yang mempunyai bajet untuk melaksanakan aktiviti CSR. “Kami mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk bantuan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, atau bantuan untuk program-program seperti shopping raya bersama anak-anak yatim, dan juga penyediaan barang keperluan sekolah untuk mereka yang memerlukan,” katanya.


Dengan rangkaian perwakilan yang luas di seluruh daerah di Selangor, Dunia Melayu, Dunia Islam menawarkan platform yang strategik untuk menjayakan program CSR yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Impian Mewujudkan Kehidupan Lebih Sejahtera Melalui Kerjasama Masyarakat dan Korporat


Acara ini bukan sahaja mencipta suasana penuh keberkatan, tetapi juga menjadi contoh terbaik tentang bagaimana kolaborasi antara masyarakat, badan korporat, dan organisasi agama boleh memberi impak positif kepada kehidupan mereka yang memerlukan. Dunia Melayu, Dunia Islam terus komited untuk menjalinkan hubungan yang kukuh, memupuk nilai kemanusiaan, dan memperluas bantuan sosial kepada umat Islam di seluruh negara.


