Tamasya Anak Muda: “Moderen Bukan Erti Kebaratan, Tradisi Tidak Bererti Kolot”
Tamasya Anak Muda, sebuah gelombang revolusi budaya dalam bentuk festival muzik dan seni, akan menggemparkan Jiospace, Petaling Jaya pada 5 dan 6 Januari 2024.
Di atas pentas, pengunjung akan disajikan dengan persembahan langsung daripada artis-artis dan kumpulan ternama seperti Leaism, Amir Jahari, Arish Mikael, Pitahati, Margasatwa, Satwo, Iqbal M., Fazleena & The Lasykar, dan Jemput Dengar (DJ). Malah, para pengunjung juga akan mendapat peluang emas untuk menyaksi dan mengamati sebuah ‘pengalaman’ muzik dan persembahan oleh seniman legendaris M.Nasir di atas pentas Jiospace pada hari tersebut.
Tamasya Sunburst Marketplace yang akan diadakan pada dua-dua hari tersebut di perkarangan luar festival ini boleh diakses secara percuma kepada para pengunjung. Bagi peminat konsert yang akan diadakan pada Sabtu, 6 Januari sahaja, tiket boleh didapati dengan harga RM207. Diskaun istimewa akan ditawarkan pada harga RM177 yang akan mula dijual dari 9hb Disember (3pm) hingga 15 Disember (12am).