Timb KBS lancar fasiliti industri bersepadu kereta lumba terbesar nilai RM10 juta

  • September 30, 2022
  • 3 min read
Timb KBS lancar fasiliti industri bersepadu kereta lumba terbesar nilai RM10 juta

PETALING JAYA, 24 SEPTEMBER 2022 – Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker merasmikan pembukaan pusat perincian Optimal Premium Motors Sdn. Bhd. (OPM) dan PrimeX Signature Sdn. Bhd. yang serba baru ‘OPM & PrimeX Signature’.

Turut diumumkan ialah kerjasama mereka bersama TOC Automotive College (TOC) yang bernilai RM10 juta untuk membina fasiliti industri bersepadu kereta lumba dan akademi automotif.


Kerjasama ini menyaksikan pembinaan fasiliti seluas 43,000 kaki persegi di Malaysia menjelang 2025.

Ianya dilengkapi dengan bilik pameran, pusat pemulihan kereta, perincian kereta, aksesori, pusat jual beli dan banyak lagi, yang bakal menjadi mercu tanda di Malaysia.


Tambahan pula, sebuah akademi automotif bernama Auto Detailing Academy (ADA) turut
dibangunkan kepada mereka yang ingin menjadikan bidang automotif sebagai kerjaya.

Pelbagai kursus ditawarkan seperti teknologi automotif, kejuruteraan, pemulihan kereta, perincian kereta dan sebagainya.


Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker berkata, “Selama
bertahun-tahun, Malaysia telah menarik minat pengeluar automotif global dan tempatan,
menjadikan kita negara ketiga tertinggi dalam permintaan industri automotif di Asia Tenggara.


Dengan pelancaran fasiliti ini, OPM, PrimeX dan TOC bukan sahaja menunjukkan
perkembangan industri automotif Malaysia, tetapi juga menyediakan peluang kerjaya dan
latihan kemahiran kepada para belia dengan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan yang berguna untuk masa yang akan datang.”.


Encik Simpson Tan, pengasas Optimal Premium Motors berkata, “OPM, PrimeX dan TOC akan melabur sebanyak RM 10 juta untuk membangunkan fasiliti baru ini sebagai platform pendidikan automotif kepada belia dan mencipta lebih enam ratus peluang pekerjaan.

Ini termasuk latihan teknikal yang menyeluruh, lengkap dengan maklumat industri terkini sebagai pemangkin populasi pekerja mahir di negara kita.”


“Kami percaya ini merupakan batu loncatan untuk kami berjaya di mana kepakaran dan
pengalaman peneraju-peneraju industri automotif digabungkan.

Usahasama ini pasti mencipta permintaan yang tinggi terhadap fasiliti kereta bersepadu lumba di seluruh rantau ini dan membawa industri automotif Malaysia ke peringkat yang seterusnya,” tambah Pengarah PrimeX
Signature Sdn. Bhd., En. Chris Lee Sheng Hong.

Dengan semangat untuk menggalakkan para belia mencapai kecemerlangan, Ketua Pegawai
Operasi (COO) TOC Automotive College (TOC), En. Alfred Foo turut menyatakan usahasama
ini akan membolehkan mereka untuk melangkaui jangkauan mereka dalam menyampaikan pengalaman pembelajaran automotif dalam pasaran dan lebih penting lagi, menyediakan sokongan berterusan.


Bukan itu sahaja, OPM dan PrimeX turut menyumbang RM10,000 kepada pertubuhan bukan kerajaan, Kelab Harmoni Malaysia sebagai usaha untuk mempromosikan perpaduan melalui pendidikan dan menyemai para belia di Malaysia.

OPM, PrimeX dan TOC teruja untuk
berkongsi usahasama terbaru mereka dengan masyarakat dan akan terus menonjolkan apa
yang ditawarkan oleh industri automotif Malaysia kepada dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *