Roti canai Malaysia menduduki tempat teratas dalam senarai makanan jalanan terbaik oleh TasteAtlas

  • October 1, 2022
  • 1 min read
Roti canai Malaysia menduduki tempat teratas dalam senarai makanan jalanan terbaik oleh TasteAtlas

KUALA LUMPUR: Roti canai Malaysia telah disenaraikan sebagai ‘makanan jalanan terbaik di dunia’ menurut TasteAtlas, sebuah projek yang dilaksanakan oleh wartawan dan usahawan Matija Babic yang dianggap sebagai ensiklopedia rasa dan atlas dunia bagi hidangan tradisional dan restoran asli.

Roti canai merupakan antara makanan ruji rakyat Malaysia, telah disenaraikan sebagai yang teratas dalam senarai 50 makanan jalanan terbaik dari seluruh dunia dengan poin sebanyak 4.9.

Menurut senarai di Facebook, lumpia Filipina ‘lumpiang Shanghai’ mendapat tempat kedua dan ‘Japanese garage’ serta banh mee Vietnam masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

Paratha India, sebuah hidangan yang telah diubahsuai menjadi roti canai tempatan, walaubagaimanapun menduduki tempat kelima dalam senarai itu.

Untuk rekod, syarikat itu telah mengkatalogkan lebih daripada 10,000 makanan dan minuman serta kira-kira 9,000 restoran di seluruh dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *