TRANSIT Malaysia Membantah Penamatan Perkhidmatan Bas Akibat Penstrukturan Semula Laluan Bas Rapid KL

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Transit Malaysia membantah penamatan 29 laluan bas RapidKL yang diganti dengan perkhidmatan Demand Responsive Transport (DRT) Rapid On-Demand. Penamatan perkhidmatan ini, yang
dilabelkan sebagai penstrukturan semula, bertepatan dengan kenaikan tambang DRT dan pengecualiannya daripada pas tanpa had RapidKL. Langkah ini menegaskan kegagalan pihak kerajaan pada setiap peringkat dalam menangani bertahun pengabaian perkhidmatan bas serta
kadar penggunaan yang rendah.

DRT diuar-uarkan seluruh dunia sebagai penyelesaian untuk penyediaan perkhidmatan yang mencukupi liputan bagi kawasan jarang berpenduduk yang tidak mampu menerima pengkhidmatan bas yang berkesan. DRT juga boleh menjadi penyelesaian sementara bagi kawasan
perumahan terpisah seperti Bukit Antarabangsa dan Taman Kemensah yang kini tidak mampu menerima pengkhidmatan bas standard akibat kepadatan yang tidak berupaya ditanggung oleh jalan raya tempatan. Namun, kawasan di Lembah Klang yang telah menerima penggantian bas kepada DRT mempunyai tahap kepadatan yang dikira oleh pelbagai bandar di seluruh dunia sebagai
tahap kepadatan yang cukup untuk menerima perkhidmatan kenderaan berkapasiti tinggi seperti bas berartikulasi dan trem.


Di samping itu, ketiadaan kenderaan dan logistik perjalanan rumit yang berkaitan dengan DRT menjadikannya kurang dapat diharap berbanding perkhidmatan bas laluan tetap yang menjamin
ruang bagi penumpang tanpa mengambil kira keadaan trafik. Oleh itu, keputusan kerajaan untuk menurunkan taraf bas kepada van merupakan perkara yang amat dikesali terutamanya apabila
mengambil kira ketiadaan statistik perjalanan DRT yang tidak dipenuhi akibat isu kapasiti dan penjadualan.

Percubaan lalu menggunakan kenderaan kecil di Singapura telah ditamat dalam
tempoh masa beberapa tahun sahaja malah menunjukkan bahawa orang awam lebih mengutamakan perkhidmatan bas yang andal dan kerap.


Kami mendesak kerajaan untuk melabur lebih banyak kepada penambahbaikkan rangkaian bas dalam bandar. Rangkaian bas yang lengkap memerlukan infrastruktur yang mengutamakan
pergerakan bas dan pejalan kaki serta penyambungan semula penempatan yang telah dipotong akibat halangan buatan manusia seperti lebuhraya dan pembangunan berpagar.


Sekurang-kurangnya, kerajaan sepatutnya memastikan perkhidmatan van kekal pada tambang yang berpatutan. Namun, pemegang pas My50 perlu membayar tambang RM2 untuk menggunakan
perkhidmatan gantian Rapid On-Demand. Walaupun berlakunya peningkatan pembangunan dan kesesakan lalu lintas, tiada pelan jangka panjang dibentang untuk peralihan daripada
perkhidmatan DRT kepada rangkaian pengangkutan kapasiti tinggi yang lengkap. Rangkaian ini mustahak bagi meningkatkan kualiti hidup dalam bandar.
Dalam senario keadaan rangkaian bas yang andal, lengkap dan berfungsi sepenuhnya, perkhidmatan atas permintaan berasaskan van tidak sekali-kali akan mampu menggantikan
perkhidmatan bas laluan tetap yang menggunakan modal kos per penumpang. Rangkaian bas Lembah Klang tidak pernah memberi manfaat kepada kebanyakan pengguna jalan raya walaupun
sebelum pengecutannya sebanyak 13% akibat penggantian bas ke van yang sedang berlangsung.


Pihak kerajaan hendaklah berterus-terang berkaitan keputusannya untuk mengambil langkah jangka pendek DRT, dengan data dan justifikasi kewangan. Jika tidak, langkah ini hanya sekadar
menampal ketirisan operasi bas, sendiri merupakan gejala situasi semasa pengangkutan bandar yang telah lama terbengkalai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *