Tubuh NGO baru dalam menjaga kebajikan Bekas-Bekas Tahanan (POPOC)
SHAH ALAM, 12 JUN 2022 – Baru-baru ini telah berlangsung satu Majlis Suai Mesra diantara Pertubuhan Kebajikan Bekas Tahanan (POPOC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menggerakkan agenda pertubuhan di Ibu Pejabat Polis Kontigen Negeri Selangor.
NGO ini ditubuhkan untuk menjaga kebajikan ahli-ahli POPOC agar tidak terlibat dalam aktiviti yang melanggar peraturan dan undang-undang negara.
Pengerusi POPOC Encik Ganesan a/l M.Krishnan, mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM kerana memberi peluang kepada pertubuhan untuk bersua muka membincangkan matlamat pertubuhan ini.
Beliau berharap pihak PDRM dan Pertubuhan POPOC akan dapat bekerjasama dalam menjayakan segala aktiviti yang dirangka demi mencegah jenayah di Malaysia.
Menurut Setiausaha POPOC Encik Muhammad, pertubuhan ini diluluskan pendaftarannya oleh ROS pada 8 Mac 2022.
Matlamat pertama pertubuhan POPOC adalah menjaga kebajikan ahli-ahlinya. Kedua, untuk mendidik generasi muda dari tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dilarang peraturan dan undang-undang negara.
Untuk peringkat pertama, salah satu aktiviti yang dicadangkan PDRM adalah pengendalian sesi kaunseling di sekolah-sekolah negeri Selangor sebelum dilanjutkan ke peringkat kebangsaan.
Pertubuhan ini akan mewujudkan beberapa biro antaranya Biro Aduan Awam, Biro Dokumentasi, Biro Pinjaman dan Kemudahan bagi membantu menyelesaikan masalah ahli-ahlinya.
Pertubuhan kami boleh disertai oleh semua Bekas Tahanan POPOC tidak kira bangsa dan agama. Hasrat kami adalah membimbing ahli-ahli untuk membina kerjaya bersih jauh dari najis jenayah.
Untuk memperkenalkan pertubuhan POPOC ke persada negara satu majlis makan akan diadakan pada hari tarikh 19 Jun 2022 bersamaan hari Ahad, waktu 2 hingga 6 petang di Botanical Resort club, Klang. Semua bekas tahanan diajak untuk hadir ke mesyuarat ini.
Kepada bekas tahanan POPOC yang berminat untuk menjadi ahli atau ingin mengetahui lebih dalam boleh hubungi Muhammad di talian 0163965847 atau Ganesan di talian 0163264074. – UTV Media Msia