UEM Edgenta dan HSBC Amanah Jalin Kerjasama, Bangunkan Program Pembiayaan Vendor Patuh Syariah

  • August 30, 2022
  • 2 min read
UEM Edgenta dan HSBC Amanah Jalin Kerjasama, Bangunkan Program Pembiayaan Vendor Patuh Syariah

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – UEM Edgenta Berhad (“UEM Edgenta” atau “Syarikat”), syarikat Pengurusan Aset dan Penyelesaian Infrastruktur yang terkemuka di rantau ini telah bekerjasama dengan HSBC Amanah Malaysia Berhad (“HSBC Amanah”) untuk membangunkan Program Pembiayaan Vendor Patuh Syariah (“SFP”) yang memberi manfaat kepada pembekal dan vendor UEM Edgenta.

Program ini merupakan urus niaga penting berikutan HSBC Amanah melancarkan
perkhidmatan rantaian bekalan kewangan Islam yang pertama di Asia.


Program Pembiayaan Vendor Edgenta bertujuan untuk menyokong Program Pembangunan Vendor Bumiputera Kerajaan bagi membantu pembekal PKS mengembangkan perniagaan dan mendapat
akses mudah kepada pembiayaan mampu milik tanpa cagaran.

PKS dan PMKS boleh memanfaatkan
kunci kira-kira UEM Edgenta yang kukuh dan hubungan jangka panjang Syarikat dengan HSBC Amanah untuk mendapatkan pembiayaan modal kerja mereka serta menikmati penyelesaian pembiayaan awal.


Majlis Pelancaran Program Pembiayaan Vendor Edgenta yang berlangsung pada 30 Ogos lalu di UEM Edgenta Learning Centre telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.


“Pembekal dan vendor adalah sumber asas operasi harian kami dan Program Pembiayaan Vendor ini merupakan kaedah terbaik untuk mempercepatkan pembayaran vendor dan memastikan mereka mempunyai aliran tunai yang mungkin diperlukan untuk melaksanakan obligasi kontrak mereka dan menghantar barangan dengan lancar dan tepat pada waktunya,” kata Syahrunizam Samsudin,
Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta dalam ucaptamanya semasa majlis pelancaran tersebut.


“Sementara kami meneruskan sokongan terhadap inisiatif Kerajaan untuk membangunkan negara dan meningkatkan kehidupan masyarakat di sekitar kawasan operasi kami, kami bersyukur kerana dapat membantu dan menyokong rakan vendor PKS dan PMKS untuk mengekalkan aliran tunai yang sihat serta memastikan mereka terus menyumbang kepada ekonomi negara, terutamanya ketika pasca pandemik ini.

Kaedah pembiayaan ini boleh meningkatkan kedudukan tunai pembeli dan penjual rantaian bekalan kami,” tambah Syahrunizam.


“Kerjasama penting antara HSBC dan UEM Edgenta akan menjadi tonggak untuk memperkasakan rakan kongsi rantaian bekalan UEM Edgenta dan menyediakan aliran tunai yang diperlukan untuk memudahkan pertumbuhan mereka.

Penglibatan HSBC dalam inisiatif ini juga mengukuhkan komitmen kami untuk menyokong Kerajaan dalam usaha memastikan rakan niaga PKS mempunyai
akses kepada pembiayaan untuk operasi mereka”, kata YB Dato’ Omar Siddiq, Ketua Pegawai Eksekutif, HSBC Malaysia.


Sejak program ini diperkenalkan pada Mei 2022, lebih 380 vendor PKS dan PMKS telah ditawarkan untuk menyertai program ini.

Di bawah Fasa 2 yang akan dilaksanakan pada bulan Oktober depan, kami merancang untuk mendekati 422 lagi vendor PKS dan PMKS.

Program Pembiayaan Vendor Patuh Syariah baharu dengan kerjasama HSBC Amanah, merupakan pembangunan lanjut inisiatif
pembiayaan rantaian bekalan UEM Edgenta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *