Usahasama penerbitan filem antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Australia

  • July 9, 2021
  • 1 min read
Usahasama penerbitan filem antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Australia

PUTRAJAYA, 9 JULAI 2021 – Perjanjian ini merupakan antara inisiatif berimpak tinggi yang berupaya memajukan sektor industri kreatif tempatan serta membuka lebih banyak peluang dan ruang untuk penggiat industri kreatif menerusi jalinan kerjasama dengan negara Australia.

Melalui perjanjian ini, produksi daripada Malaysia akan dianggap sebagai produksi tempatan Australia yang membolehkan karya filem Malaysia menembusi pasaran negara-negara lain yang telah menandatangani perjanjian usaha sama dengan Australia seperti Kanada, China, Singapura, Itali, Jerman dan United Kingdom.


Perjanjian usaha sama ini juga dijangka merangsang pertumbuhan ekonomi bagi sektor industri kreatif tempatan serta industri-industri rantaian dan sokongan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, jalinan usaha sama antara kedua-dua negara ini akan terus mengukuhkan perkongsian strategik dalam penerbitan filem, meningkatkan kualiti dan kuantiti penghasilan filem, menggalakkan pembangunan kemahiran terhadap produksi tempatan serta membolehkan pertukaran budaya dan kreativiti penerbitan antara Malaysia dan Australia.


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan perjanjian usaha sama ini boleh
diperolehi di laman web www.kkmm.gov.my dan www.finas.gov.my atau melalui
Bahagian Galakan Penggambaran FINAS di talian 03-41041300 serta e-mel di
info@finas.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *