USAHAWAN BEP KUSKOP JANA POTENSI JUALAN LEBIH RM300 JUTA DI GULFOOD 2023, DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU (UAE)

  • March 6, 2023
  • 1 min read


KUALA LUMPUR, 6 MAC 2023 – 11 syarikat Malaysia yang menyertai
Gulfood 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini di bawah
Program Eksport Perniagaan (BEP) telah merekodkan potensi jualan
bernilai RM318,515,295 (USD72,525,000). BEP dilaksanakan melalui
agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
iaitu SME Bank.
Gulfood 2023 yang merupakan pameran perdagangan makanan dan
minuman (F&B) terbesar dunia telah diadakan dari 20 hingga 24 Februari

  • Menurut KUSKOP, potensi jualan bernilai RM318,515,295 melebihi
    sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak RM10 juta dan telah menerima
    tempahan pembekalan daripada pelbagai negara selepas 4 hari tamatnya
    penganjuran Gulfood 2023.
    Semasa misi Gulfood 2023 tersebut, syarikat Akifcafe Coffee Industries Sdn
    Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman RM2.5 juta untuk
    membekalkan kopi pra campuran untuk syarikat Grand Hypermarket Dubai.

Penyertaan pertama kali usahawan-usahawan di bawah bimbingan
KUSKOP di Gulfood 2023 jelas membuktikan Gulfood merupakan salah satu
platform hebat dalam menonjolkan pelbagai rangkaian produk halal F&B
usahawan-usahawan Malaysia yang berkualiti, inovatif dan berdaya saing
untuk pembeli di Dubai serta negara-negara serantau Timur Tengah dan
Afrika Utara.
11 syarikat yang menyertai Gulfood 2023 adalah Tisha Food Manufacturing
Sdn Bhd, Akifcafe Coffee Industries Sdn Bhd, World Marketing Work Sdn
Bhd, Bayu Gagah Marketing (M) Sdn Bhd, SHRF Food Industries Sdn Bhd,
CSM Dairy Success Sdn Bhd, Azaib Holdings Sdn Bhd, SD Impex Sdn Bhd,
AW Manufaturing Sdn Bhd, The Boom Beverage Sdn Bhd dan Zhafou Global
Sdn Bhd.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *