(VIDEO) KPLB menaikkan kadar bantuan pembinaan Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM)

  • September 12, 2022
  • 1 min read
(VIDEO) KPLB menaikkan kadar bantuan pembinaan Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM)

 
KUALA LUMPUR, 12 Sept. — Kabinet meluluskan cadangan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk menaikkan kadar bantuan seunit bagi pembinaan Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM)

Sidang Media Menteri KPLB

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, kenaikan itu akan membantu pihak kontraktor PRKM menangani isu peningkatan kos bahan binaan yang menyebabkan mereka gagal menyiapkan projek kerana tiada margin keuntungan kerja yang dilaksanakan.
 
“Kenaikan ini juga bagi mengekang kenaikan harga bahan binaan yang perlu ditanggung oleh pihak kontraktor yang merupakan isu meruncing, terutamanya sejak Mei 2022 yang lalu berdasarkan laporan indeks harga seunit bahan binaan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Jelas Mahdzir, harga baharu bagi projek Bina Baharu PRKM dinaikkan daripada RM56 ribu kepada RM66 ribu seunit di Semenanjung.

Manakala bagi Wilayah Sabah, Sarawak dan Labuan dinaikkan daripada RM68 ribu kepada RM79 ribu seunit.

Bagi projek Baik Pulih rumah PRKM pula, dinaikkan pada kadar maksimum RM15 ribu di Semenanjung.

Manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan, kadar maksimumnya adalah RM17 ribu.

KPLB sebelum ini telah meluluskan permohonan Bina Baharu rumah PRKM sebanyak 2,153 dan Baik Pulih sebanyak 11,892 buah rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *