Kemenangan pertama Hazami di terpaling juara!

  • September 13, 2022
  • 3 min read
Kemenangan pertama Hazami di terpaling juara!

Petaling Jaya, 13 September 2022 – Setelah diumumkan berada di tangga paling corot pada episod 3, Hazami bangkit dan ‘membalas dendam’ di pentas Terpaling Juara dengan memenangi persembahan terbaik di episod 4 menerusi lagu ‘Potret’ ciptaan oleh kapten Akim Ahmad.

Kemenangan tersebut juga diraikan dengan hadiah wang tunai sebanyak RM 5,000. Persembahan Hazami yang mengubah genre lagu Potret daripada Rock kepada R&B telah menerima komen-komen positif daripada juri tetap, Dato’ Hattan.

“Satu persembahan yang sangat memuaskan
daripada Hazami di episod 4 kerana beliau telah menyuntik elemen R&B dalam lagu Rock dan hasilnya sangat sedap didengar.

Hazami telah buktikan beliau boleh nyanyi lagu R&B dengan baik. Di episod akan datang, saya nak lebih lagi daripada Hazami kerana saya yakin beliau boleh memberi dan menyampaikan semua lagu dengan baik.”Komen Dato’ Hattan.

“Alhamdulillah dan berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam menjayakan persembahan tersebut.

Sejujurnya saya terkejut dengan kemenangan ini kerana semua peserta telah memberikan persembahan terbaik dan persaingan amat sengit apabila pertandingan ini sudah sampai ke separuh jalan.

Untuk minggu hadapan, saya telah diberikan lagu Allahyarham Adibah Noor iaitu Terlalu
Istimewa, saya akan memberikan yang terbaik dan berharap semua peminat dan penonton akan menyukai persembahan itu,” kongsi Hazami.


Bertemakan ‘Kapten’ yang mempertandingkan lagu – lagu ciptaan 3 kapten iaitu Akim Ahmad, Hael Husaini dan Naim Daniel yang bersaing di Terpaling Juara. Berikut ialah senarai Pilihan Lagu Terpaling dan persembahan istimewa daripada Ramlah Ram dan Datuk Nash di episod lepas.

  1. Canggung (SFMM35, nyanyian asal oleh Wany Hasrita) – Shaz
  2. Potret (AJL30, nyanyian asal oleh Akim & The Majistret) – Hazami
  3. Sumpah (AJL34, nyanyian asal oleh Naim Daniel) – Aqmal
  4. Jampi (AJL32, nyanyian asal oleh Hael Husaini) – Rahmad Mega
  5. Purnama (AJL36, nyanyian asal oleh Naim Daniel) – Ifa Raziah
  6. Rampas (AJL34, nyanyian asal oleh Akim & The Majistret) – Aqeesh
  7. Persembahan pembukaan – Kau Kunci Cintaku Didalam Hatimu oleh Ramlah Ram
  8. Persembahan penutup – Pada Syurga Di Wajahmu oleh Datuk Nash
    Pusingan penyingkiran di episod 4 menyaksikan Ifa Raziah (kapten Naim Daniel) telah meninggalkan
    pentas Terpaling Juara. Persaingan semakin sengit dengan berbaki 5 peserta, Hazami & Aqeesh (Kapten
    Akim Ahmad), Rahmad Mega & Shaz (Kapten Hael Husaini) dan Aqmal Ramdan (Kapten Naim Daniel) di
    episod akan datang dengan tema ‘Vice Versa‘ yang mahu melihat sisi berbeza para peserta dengan genre
    muzik yang berlainan daripada portfolio masing-masing. Nantikan juga persembahan hebat daripada Azlan
    The Typewriter an Misha Omar di episod 5 pada 18 September 2022.
  1. Terlalu Istimewa (AJL21, nyanyian asal oleh Adibah Noor) – Hazami
  2. Janji Manismu (AJL5, nyanyian asal oleh Aishah) – Aqmal
  3. Segalanya Ku Terima (AJL4, nyanyian asal oleh Ilusi) – Aqeesh
  4. Bunga (AJL33, nyanyian asal oleh Ara Johari) – Rahmad Mega
  5. Kau Pun Sama (AJL33, nyanyian asal oleh Syamel) – Shaz

TERPALING JUARA mempertaruhkan 3 kapten, Akim Ahmad, Hael Husaini dan Naim Daniel yang merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik yang berbakat besar serta pemilik trofi Juara Lagu di anugerah paling berprestij untuk membimbing seorang penyanyi senior dan seorang penyanyi junior
mempertaruhkan lagu – lagu popular yang pernah tercalon di semua edisi Separuh Akhir Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu (AJL).
Terpaling Juara dihoskan oleh Haziq Hussni dan Shiha Zikir, Datuk Hattan dan Fauziah Latiff sebagai juri tetap dan bersiaran untuk 8 episod.

Pemenang Terpaling Juara bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM100,000, manakala naib juara bakal memenangi RM50,000 dan pemenang ketiga pula menerima RM30,000.


Terpaling Juara menampilkan vivo Malaysia sebagai penaja utama, Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio rasmi, Berita Harian dan Harian Metro sebagai rakan media rasmi serta Xtra dan Oh Bulan! sebagai rakan digital. Layari www.xtra.com.my/terpalingjuara untuk info terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *