WOWI HR Malaysia jalin kerjasama MOU rakan strategik industri sumber manusia
KUALA LUMPUR, 15 Mac 2023 – World of Workers International (WOWI HR Malaysia) telah menandatangani Memorandum Persefahaman diantara beberapa rakan strategik yang terlibat dalam bidang sumber manusia.
WOWI sebagai pemudahcara untuk memperkenalkan perkhidmatan perunding dan pengurusan Sumber Manusia dengan mengikut piawaian dan tatakelola antarabangsa dalam pengurusan sumber manusia.
Datuk Dr. Hassan Saad, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola WOWI HR Malaysia berkata, WOWI juga melibatkan TVET untuk semi-skills di Eropah dan bercadang untuk menghantar ‘fresh graduate’ selama satu hingga tiga tahun untuk mencapai taraf semi-professional disana.
Selain itu, WOWI Malaysia turut memperkasakan graduan lepasan TVET dengan menempatkan mereka ke dalam industri yang berkaitan di Eropah.
Tambahan pula, WOWI Malaysia juga bertindak sebagai pemudahcara bagi membantu pekerja warga asing yang tidak sah taraf mengikut perundangan Malaysia.
Dato’ Seri Paduka Diraja Ramle Bin Mat Daly, Pengerusi Pertubuhan Skuad Bakti Malaysia, adalah salah satu syarikat yang bekerjasama pada mou tersebut berkata, inisiatif ini merupakan satu yang baru dan bagus kepada masyarakat dalam pertimbangkan mengenai pengangguran dan pekerjaan.
WOWI Malaysia ditubuhkan pada Januari 2023 dan telah dilancarkan pada 22hb Februari 2023, sempena WOWI International HR & Recruitment Conference 2023 di Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut layari www.wowihrmalaysia.com