KKD komited perluaskan potensi industri muzik negara

  • March 17, 2023
  • 2 min read
KKD komited perluaskan potensi industri muzik negara

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) buat julung-julung kalinya menganjurkan sesi
dialog awam (town hall) industri muzik yang disertai lebih 500 orang pemain dan penggiat
industri muzik di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac) semalam.

Dialog awam ini merupakan langkah permulaan bagi menghimpunkan pihak berkepentingan daripada pelbagai peringkat industri untuk mengenal pasti dan membincangkan inisiatif-inisiatif yang
berpotensi dalam memajukan industri muzik negara serta menyelesaikan isu berkaitan.


Pemain industri yang turut serta pada sesi ini terdiri daripada para artis, penerbit, pengurus,
wakil syarikat rakaman, wakil perkhidmatan penstriman muzik, serta penganjur acara dari
seluruh negara.


Selaras dengan komitmen Kerajaan untuk menyemarakkan industri kreatif, seni dan budaya, Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik di bawah Kumpulan MyCreative Ventures Sdn. Bhd. akan dibuka mulai 23 Mac 2023 dan permohonan boleh dibuat melalui pautan www.mycreative.com.my/dkd.


Saya percaya DKD ini akan membuka lebih banyak peluang kepada penggiat seni
pascapandemik COVID-19 untuk menghasilkan karya kreatif berkualiti tinggi yang mampu
bersaing bukan sahaja di pasaran tempatan, malah mampu menembusi pasaran
antarabangsa.


Seramai 13 penerima telah diberi Surat Setuju Terima Dana Persembahan Muzik di bawah
inisiatif DKD Industri Muzik Tahun 2022 yang berjumlah RM3.3 juta.

Selain itu, tiga Badan Pelesenan iaitu Music Authors Copyright Protection (MACP) Berhad, Public Performance Malaysia (PPM) dan Recording Performances Malaysia (RPM) Berhad turut menerima Pembayaran Skim Pelesenan Hak Cipta Penggunaan Muzik daripada Kerajaan yang berjumlah RM2.18 juta.


KKD tekad membina ekosistem yang kondusif bagi memayungi industri kreatif. Kerjasama
berterusan dengan pemain dan penggiat industri muzik adalah amat signifikan dalam usaha memacu industri kreatif negara ke tahap yang lebih tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *