YWP, LKPIM, MAIWP & Jabatan Pendidikan WPKL kerjasama Program Pemantauan Solat & Klinik Fatihah Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 26 Jun 2024 – Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia WP Kuala Lumpur (LKPIM WPKL) mengadakan Program Pemantapan Solat & Klinik Fatihah di Masjid Mu’adz Bin Jabal, Taman Setia Wangsa Kuala Lumpur.
Pengerusi LPKIM WPKL, YBhg Puan Sri Hajah Hanifat bt Harun berkata, program ini akan dilaksanakan di empat lokasi di sekitar Wilayah Persekutuan melibatkan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) , Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
“Hari ini adalah kali yang kedua dalam bulan ini, kali pertama pada 12 Jun 2024 telah diadakan di Zon Sentul, dan kedua ini di Zon Keramat.
Pada 10 Julai 2024 akan diadakan program ini kali yang ketiga di Zon Pudu dan keempat di Zon Bangsar.
Tambahnya, murid sekolah yang terlibat dalam program ini bermula darjah dan darjah 6 dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.
” Tujuan kita untuk mendidik pelajar-pelajar ini dalam penyempurnakan bacaan Al-Fatihah supaya mereka akan menjadi mentor kepada pelajar-pelajar lain.
Selain itu, untuk menangani masalah pembacaan ayat Al-Quran, kerana kita dapati jika kita tidak mula dari peringkat awal, kesalahan ini akan dibawa sehingga ke tua.
“Jadi kita percaya jika kita lakukan solat yang sempurna maka kita akan dekat dengan Allah SWT dan di jauh kan dengan perbuatan-perbuatan yang tidak diingini seperti masalah sosial.
“Yang paling penting dalam solat kita adalah Surah Al-Fatihah, jika Bacaan tidak betul, maka tidak sah solat kita tidak sempurna.
Antara penceramah yang terlibat adalah Prof Dr Hasan bin Kasan merupakan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Usul Fiqh dan Maqasid Syarie, Tamadun & Pemikiran Islam dan juga personaliti media.
Untuk sesi kedua, Klinik Al-Fatihah, tenaga pengajar oleh YBhg Puan Sri Hajah Hanifat bt Harun dan juga Pengasas Kumpulan Pengajian Al-Quran Mengejar Cinta Ilahi (MCI).
“Kami dari pihak LPKIM mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Wilayah Persekutuan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kerana telah bekerjasama dalam menjayakan program kita pada hari ini dan diharapkan semoga program ini berjalan dengan lancar. – UTV