FAMT 2024 beri impak positif kepada pembangunan pelancongan negara – MOTAC

  • June 28, 2024
  • 2 min read
FAMT 2024 beri impak positif kepada pembangunan pelancongan negara – MOTAC

KUALA LUMPUR: Selepas 18 tahun, acara kemuncak industri penjahitan Asia, iaitu Persidangan Perikatan Industri Penjahitan Asia ke-28 (FAMT 2024), kembali ke Malaysia dan akan diadakan dengan meriah di Grand Hyatt Kuala Lumpur dari 1 hingga 6 Ogos.

Persidangan ini akan dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan Persatuan Tukang Jahit Malaysia, ia akan memberi peluang kepada pereka Malaysia dan Tukang Jahit antarabangsa , bertukar fikiran berkaitan kreativiti dan teknik penjahitan.

Timbalan Pengerusi, Malaysian Tourism Promotion Board Of Directors, YBhg. Dato’ Yeoh Soon Hin berkata, impak positif kepada sektor pelancongan, seramai 500 peserta dari seluruh negara dan secara langsung akan mempromosikan Malaysia sebagai satu destinasi pelancongan dan ini juga akan membawa 400 sehingga 500 peserta datang ke Malaysia dan meningkatkan ekonomi negara, seperti hotel, membeli-belah dan sebagainya.

Selain itu, ‘fashion design’ adalah satu ‘niche’ segment dalam pelancongan untuk mencantumkan pelancongan, ‘shopping tourism’ dan kreativiti.

” Untuk menganjurkan ‘unlock’ aktiviti supaya lebih ramai orang ceburi dalam industri ini dan ‘fashion design’ merupakan satu sektor yang sangat baik.

“Seperti kita tengok di New York, London, Milan dan Paris merupakan antara ‘The Biggest Fashion Capital In The World.

“Dengan program ini, akan dapat menarik lebih banyak jenama-jenama antarabangsa untuk melabur di Malaysia.

Disamping itu, pereka fesyen dari Malaysia juga tidak kurang hebat bakatnya, dengan itu mereka akan mendapat melebarkan sayap jenama mereka ke serata dunia.

“Program ini merupakan platform yg sangat bagus supaya supaya tukang jahit mendapat rangkaian, ini satu peluang tukang jahit di Malaysia untuk bertukar ilmu bersama ‘master tailor’ antarabangsa.

” Harapan saya supaya, supaya tukang jahit dapat mengambil peluang untuk menyertai supaya dapat meningkatkan mutu kualiti dan ilmu dari ‘Tailor Master’ supaya bakat bakat tukang jahit di Malaysia dapat dipertingkatkan.

“Tujuan persidangan ini termasuk mempromosikan teknik jahitan khas dan menggalakkan wujud kerjasama diantara penggiat industri, dan memberi peluang kepada penggiat industri, khasnya tukang jahit yang berbakat yang baharu Malaysia untuk menonjol bakat mereka di pentas antarabangsa, ” katanya.

Tiga pertunjukan fesyen akan diadakan semasa persidangan itu berlansung, iaitu “Fashion Flux” pada 3 Ogos, di mana 10 graduan dari Raffles, INTI dan kolej Vokasional akan mempamerkan 40 karya mereka.

Pada 4 Ogos, pertunjukan fesyen antarabangsa “Mosaik Fesyen” akan diadakan di Pusat Konvensyen HGH. Lebih 30 Asia Master Tailors dan Persatuan Pereka Fesyen Malaysia (MODA) akan mempamerkan sebanyak 162 karya fesyen jahitan yang cemerlang.

Salah satu acara kemuncak persidangan ini adalah ‘Kuala Lumpur International Suit Walk’ yang akan diadakan pada 5 Ogos. Acara ini akan bermula dari Grand Hyatt Kuala Lumpur ke Pavilion Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *