π‹πšπ©π¨π«πšπ§ 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐒 ππžπ¦π›πžπ§π’π‘πšπ§ π€π°πšπ§ (πŽππ€) 𝐝𝐒 𝐌𝐞π₯𝐚𝐀𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐉𝐨𝐑𝐨𝐫

Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Melaka dan Johor yang berlangsung dari 20 hingga 23 April 2026 telah selesai dilaksanakan.

Operasi kali ini dilaksanakan di 8 empangan dan 2 loji rawatan air di negeri Melaka pada 20 hingga 21 April 2026, diikuti negeri Johor pada 22 hingga 23 April 2026.

Bagi siri ketiga di Johor, operasi tertumpu di beberapa kawasan tadahan empangan utama termasuk Empangan Machap, Upper Layang, Lower Layang, Pulai dan Lebam, serta kawasan Gugusan Lok Heng dan Bukit Waha di Kota Tinggi. Operasi dilaksanakan oleh pesawat TUDM yang berlepas dari Pangkalan Subang dan selesai dalam tempoh kurang tiga jam, meliputi beberapa zon sasaran yang telah dikenal pasti.

Beberapa kawasan telah mencatatkan taburan hujan yang signifikan. Di Melaka, taburan hujan antara 2 hingga 24 mm sehari direkodkan, manakala di Johor antara 5 hingga 40 mm sehari di kawasan sasaran.

Keadaan atmosfera yang sesuai sepanjang operasi turut membantu proses pembentukan awan hujan dengan lebih efisien.

Ini merupakan komitmen berterusan Kerajaan dalam memastikan kelestarian sumber air negara, khususnya dalam menghadapi cabaran perubahan cuaca yang semakin tidak menentu.

Tahniah dan syabas kepada MET Malaysia, TUDM dan NADMA atas kerjasama yang erat dalam menjayakan operasi ini.

Dari masa ke semasa pihaknya akan terus memantau keadaan semasa dan memperkukuh usaha yang perlu bagi memastikan kesiapsiagaan serta pengurusan sumber air negara sentiasa berada pada tahap terbaik.

OperasiPembenihanAwan

OPA #TUDM

MetMalaysia #NADMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *