2nd NABBA Malaysia Championship, bawa imej baru sukan bina badan
Kuala Lumpur – Kejohanan Bina Badan NABBA Championship 2023 telah berlangsung pada 17 Disember 2023 bertempat di Palace of the Golden Horses Resort, Seri Kembangan. Terdapat lima kategori yang dipertandingkan iaitu Miss Bikini Open, Men Bodybuilding, Men Bodybuilding Masters, Men Classic Bodybuilding dan Men Sports Physique. Kejohanan ini adalah terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat khususnya atlet bina badan tempatan dan antarabangsa.
Menurut Presiden NABBA Kebangsaan, penganjuran kejohanan ini telah masuk tahun yang kedua dan terdapat pelbagai rancangan yang telah dirangka di masa akan datang.
“Untuk Nabba Championship, rancangan selepas ini kita ada banyak rancangan. Kita ada Nabba yang seterusnya untuk kita try buat kejohanan ini setiap tahun. Dan kalau boleh untuk tahun depan, kita punya perancangan adalah untuk menghantar atlet ke luar negara. Itu perancangan kamilah supaya dia boleh bertanding di peringkat antarabangsa.
“Untuk peserta tahun ini, bagi saya okay memberangsangkan. Pelbagai lapisan masyarakat pun join dan sponsorship tahun ni pun bagus alhamdulillah. Dan tahun ini juga kita ada special lah sebab kita ada buat sekali dengan judging course,” katanya.
Beliau memberitahu bahawa cabaran yang dihadapi adalah penganjuran kejohanan ini yang masih baru. Oleh yang demikian, diharap terdapat lebih banyak pendedahan dan penyertaan daripada atlet-atlet dalam sukan bina badan supaya NABBA akan dapat berjaya dianjurkan saban tahun.
Tambah beliau lagi, kejohanan ini mendapat tajaan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), syarikat-syarikat swasta dan badan-badan swasta dan menyatakan penghargaan atas kesudian tajaan tersebut.
Sementara itu, Pengasas Bunga Kemboja Fitness berkata penganjuran kejohanan seumpama ini membawa satu imej baru terutamanya untuk sukan bina badan di Malaysia.
“Dengan adanya persaingan yang sihat daripada beberapa agensi ataupun NGO, sukan ini akan menaik secara langsung. Ia dapat menaikkan taraf dan membagi peluang kepada atlet kita sebagai atlet (bina badan). Kita tahu atlet tidak mengharapkan apa-apa hadiah, cash price atau pun trofi yang besar atau tinggi.
“Mereka nak peluang untuk bertanding dan dapat network yang bagus daripada kawan-kawan atau atlet lain dan dapat tajaan daripada syarikat-syarikat lain. Jadi dengan ada banyak kejohanan (seperti ini), dapatlah peluang untuk para atlet dan kita sebagai penaja-penaja (juga) dapat berpeluang memperkenalkan syarikat dan produk kami kepada khususnya atlet yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam sukan bina badan ini,” katanya.
1 Comment
generic viagra from india online