SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN – Majlis Penganugerahan MBA Malaysia Business Award 2026 yang dianjurkan oleh Pertubuhan Usahawan Malaysia Negeri Sembilan (PUMNS) dengan kerjasama JC Scope Marketing, serta mendapat sokongan daripada beberapa syarikat korporat, telah berjaya dianjurkan buat kali ke-3 pada tahun ini di Grandballroom Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan.


Majlis berprestij ini bertujuan memberikan pengiktirafan kepada 44 usahawan dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta industri kecil dan sederhana (IKS) yang telah menunjukkan prestasi, inovasi dan pencapaian membanggakan dalam bidang perniagaan masing-masing.
Para penerima anugerah terdiri daripada usahawan yang menjalankan perniagaan di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak serta di peringkat antarabangsa. Penganjuran edisi kali ini turut menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti usahawan pelbagai kaum dan rakan strategik industri.

Majlis Penganugerahan MBA Malaysia Business Award 2026 telah dirasmikan oleh Yang Mulia Dato’ Paduka Seri Amb. Dr. Hasnizal Haji Hassan, Vice Chairman Asia Pacific Top Excellence Brand Committee (APC). Turut hadir memeriahkan majlis ialah barisan usahawan korporat, tokoh industri serta pemimpin perniagaan yang berpengalaman luas di peringkat nasional dan antarabangsa.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Founder MBA Malaysia Business Award merangkap Presiden Pertubuhan Inovasi Cemerlang, YBrs. Tuan G. Jaichandaran Gopala. Beliau berkata bahawa MBA Malaysia Business Award akan terus diperkasakan sebagai sebuah platform berprestij bagi mengiktiraf kecemerlangan usahawan IKS dan PMKS, di samping membantu mereka memperluaskan jaringan perniagaan serta meningkatkan daya saing di peringkat domestik dan antarabangsa melalui pelbagai program pembangunan keusahawanan yang komprehensif.


Menurut beliau, komitmen JC Scope Marketing bersama rakan-rakan strategik adalah untuk terus menyokong pembangunan ekosistem keusahawanan negara dengan menyediakan platform yang mampu membuka lebih banyak peluang kepada usahawan tempatan untuk berkembang secara mampan.
Pada Tahun Ini Juga Dimana JC Scope Marketing turut telah mengadakan Majlis Pelancaran Soft Launch Buku Biografi MASPEDIA Usahawan SME Edisi Pertama, yang bakal akan menghimpunkan kisah kejayaan sebenar para penerima Anugerah MBA Malaysia Business Award setiap tahun selepas ini. Penerbitan buku biografi MASPEDIA ini juga dijangka menjadi dokumentasi eksklusif mengenai pencapaian usahawan IKS Malaysia serta sumber inspirasi kepada generasi muda dan bakal usahawan untuk terus mencipta kejayaan dalam dunia perniagaan.


Sementara itu, Pertubuhan Usahawan Malaysia Negeri Sembilan (PUMNS) berharap agar Majlis Penganugerahan MBA Malaysia Business Award dapat diteruskan sebagai acara tahunan dengan kerjasama JC Scope Marketing. Inisiatif ini diyakini mampu menjadi platform pengiktirafan yang berprestij kepada usahawan Industri IKS dan PMKS di Malaysia, selain membantu memperkukuhkan daya saing, meningkatkan kapasiti perniagaan serta menyokong aspirasi kerajaan dalam memperkasakan pembangunan ekonomi dan keusahawanan negara.



