58 pasukan sertai Moh Kite Boling Piala Datuk Bandar Ipoh Tahun 2022
IPOH: Syabas dan tahniah kepada pasukan tenpin bowling MBI ‘A’ yang telah muncul sebagai juara dalam Kejohanan “Ipoh-Moh Kite Boling” Piala Datuk Bandar Ipoh Tahun 2022, sempena Sambutan Ulangtahun Bandaraya Ipoh ke-34 anjuran Majlis Bandaraya Ipoh.
Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan ini yang telah diadakan dari 9 hingga 11 Jun 2022 di Ampang Superbowl, Ipoh Parade.
8 kategori acara telah dipertandingkan iaitu Single, Double, Trio dan Berpasukan (Keseluruhan), High Series L/W dan High Game L/W.
Sebanyak 58 pasukan dari Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Malaysia telah menyertai pertandingan ini.