Pengurusan tempat letak kereta MBI

  • May 2, 2023
  • 1 min read
Pengurusan tempat letak kereta MBI

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam fasa pendigitalan sepenuhnya dari segi operasi dan pembayaran caj tempat letak kereta secara berperingkat menerusi aplikasi mobile PARK@PERAK bagi menuju Ipoh Bandar Raya Pintar menjelang 2030.

Seiring dengan hasrat pelaksanaan pendigitalan sepenuhnya, Majlis tidak lagi menjual kupon fizikal kepada ejen jualan kupon letak kereta berkuatkuasa 1 Jun 2022 yang lalu. Walaubagaimanapun, kupon fizikal sedia ada masih boleh dijual kepada orang awam dan digunakan di MBI sehingga 31 Disember 2023.

Majlis telah menyediakan platform untuk pengambilan agen digital bagi memberi kemudahan kepada orang awam. Sehingga kini telah ada beberapa agen digital yang telah berdaftar. Namun begitu, Majlis masih meneruskan usaha untuk melantik agen-agen fizikal ke platform agen digital.

Oleh yang demikian, wargakota amat digalakkan untuk memuat turun aplikasi PARK@PERAK sebagai persediaan pendigitalan sepenuhnya caj pembayaran tempat letak kereta mulai 2024.

Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Bandaraya Ipoh yang ke-35, Majlis akan menawarkan pengurangan kadar kompaun kepada wargakota sebanyak 70% bayaran secara atas talian dan 50% bayaran di kaunter. Tempoh pembayaran pengurangan kadar kompaun ini akan dilaksanakan selama satu bulan bermula dari tarikh 1 Mei 2023 sehingga 31 Mei 2023.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, boleh hubungi Unit Letak Kereta di talian 05-2554377 / 87 / 88. PARK@PERAK juga boleh dimuat turun di Play Store, App Store dan Huawei Gallery.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *