Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR)

  • May 2, 2023
  • 2 min read

Timbalan Setiausaha Agung GERAKAN, Wendy Subramaniam kecewa dengan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) 25 mata asas kepada 3.0 peratus hari ini.

Beliau percaya langkah ini akan menambahkan beban hidup rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana kerana tahap pendapatan mereka tidak dapat mengimbangi peningkatan kos sara hidup.

“Keputusan untuk menaikkan OPR juga akan memberi tekanan kepada rakyat yang mempunyai pinjaman. Apabila OPR naik, bayaran ansuran bulanan sedia ada kepada pihak bank pun akan naik, ia akan menyukarkan kehidupan rakyat yang bergelut untuk membayar pinjaman mereka”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan bahawa keputusan untuk menaikkan OPR juga akan menjejaskan pasaran saham dan pasaran perumahan kerana harga rumah dan hartanah serta saham biasanya dipengaruhi oleh perubahan OPR.

“Pelabur mungkin akan menjadi lebih berhati-hati apabila OPR meningkat, ia akan menyebabkan harga rumah dan hartanah serta saham jatuh. Ini akan menjejaskan situasi kewangan orang yang mempunyai rumah dan hartanah serta saham”.

“Kenaikkan OPR juga memberi kesan kepada gaji bersih rakyat sekaligus menyebabkan kuasa membeli seperti makanan, kenderaan dan lain-lain akan berkurang.

“Ini kerana rakyat terpaksa membayar kadar faedah pinjaman yang semakin tinggi dan sukar untuk meneruskan kehidupan” tegasnya.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang menggelarnya sebagai ‘ang pow’ kecil kepada peminjam selepas BNM mengekalkan OPR 2.75 peratus pada Januari tahun ini akan bersuara untuk rakyat lagi?

“Hanya bertahan 3 bulan sahaja, sekarang OPR naik lagi. Daripada 2.75 peratus kepada 3.0 peratus dan ia terus kembali ke tahap separuh kedua pada tahun 2019″

“Ini ibarat beliau mengambil semula ‘angpow’ kecil yang diberikan kepada rakyat siap sekali dengan faedahnya. Apa komen, Lim Guan Eng pasal ini?”

WENDY SUBRAMANIAM
TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG GERAKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *