AIRFORCE THE MOVIE : Selagi bernyawa melebarkan sayap ke peringkat Antarabangsa

  • August 29, 2022
  • 1 min read
AIRFORCE THE MOVIE : Selagi bernyawa melebarkan sayap ke peringkat Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Filem Air Force The Movie : Selagi Bernyawa berjaya merekodkan kutipan RM8 juta dalam tempoh EMPAT hari tayangan.Selain itu, filem arahan Zulkarnain Azhar & Frank See ini bakal ditayangkan di Korea, Jepun & Taiwan.

Menurut wakil pihak penerbit filem, kejayaan menembusi pasaran antarabangsa ini boleh dibanggakan kerana secara tidak langsung ia dapat mempertontonkan kepada dunia luar tentang kualiti filem yang kita ada. Air Force The Movie : Selagi Bernyawa dipersembahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.

Filem ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh. Di Malaysia, pasukan TUDM melancarkan misi untuk menyelamatkan mereka.

Air Force The Movie : Selagi Bernyawa menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, AnasRidzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *