“Alaaa bodo, aku kantoi lagi sekali…” – Lagu cinta tiga segi dengan twist yang catchy dan penuh drama!

KUALA LUMPUR, 9 Mei 2025 – Selepas single sulung Boy Best Friend (BBF), kumpulan
MUAH! kini muncul dengan karya terbaharu yang lebih berani dan menghiburkan berjudul KAJANG. Lagu ini bakal menemui para peminat di semua platform digital bermula 9 Mei 2025, menerusi kerjasama dengan Sony Music Malaysia.

Kumpulan MUAH!, yang terdiri daripada lima bakat muda – Naim Daniel sebagai vokalis
dan pemain gitar utama berserta, Zenith (gitar), Tasneem (Bass), Mairil (Deram), dan Ayai (Keyboard) meneruskan momentum mereka dengan lagu penuh karakter dan emosi remaja masa kini.

KAJANG mengangkat tema cinta tiga segi yang rumit, namun disampaikan dengan gaya
bersahaja, lucu dan penuh ironi. Lirik seperti “Alaaa bodo aku kantoi lagi sekali” dan
“Macam mana aku nak twist story ini” menggambarkan kekalutan cinta yang dialami si pencerita, menjadikan lagu ini relatable kepada generasi muda yang sering terjebak dalam situasi percintaan penuh drama.
Jangan lupa untuk strim dan kongsi KAJANG mulai 9 Mei 2025 di semua platform digital
kegemaran