AURUM GOLD Cetus Gelombang Baharu Industri Emas


Platform Emas Moden Dari Malaysia Ini Mula Raih Perhatian Ramai

SHAH ALAM – Dalam dunia pelaburan emas dan aset bernilai yang semakin berkembang pesat, satu nama baharu kini mula menjadi bualan ramai — AURUM GOLD.

Walaupun masih baru diperkenalkan kepada pasaran, AURUM GOLD tampil dengan pendekatan luar biasa dan berbeza daripada platform emas konvensional sedia ada. Bukan sekadar menawarkan urusan jual beli emas biasa.

Jenama ini membawa sebuah ekosistem emas moden yang menggabungkan pembelian emas, servis buy back, pertukaran barang kemas (trade-in) serta perlindungan nilai aset dalam satu platform yang lebih profesional, sistematik dan diyakini.

Lebih menarik, AURUM GOLD hadir dengan visi besar untuk membina sebuah jenama emas bertaraf antarabangsa yang lahir dari Malaysia dan mampu bersaing di pentas global.

Majlis Exclusive Soft Launch AURUM GOLD yang berlangsung di Shah Alam baru-baru ini turut mencipta suasana luar biasa apabila menerima kehadiran amat memberangsangkan daripada usahawan, tokoh industri, jemputan khas dan masyarakat yang ingin melihat sendiri potensi besar platform emas moden tersebut.

Suasana penuh sesak dengan kehadiran tetamu yang memberangsangkan ingin melihat sejarah tercipta selain mengubah nasib diri dan keluarga.

Apa yang lebih mengagumkan, kehadiran tetamu dilihat melebihi jangkaan penganjur. Walaupun kapasiti dewan telah dipenuhi, ramai hadirin masih setia menunggu di luar dewan sehingga majlis berakhir semata-mata untuk menjadi sebahagian daripada fenomena yang sedang berkembang ini.

Semangat yang terpancar jelas pada wajah setiap hadirin membuktikan bahawa masyarakat hari ini bukan sahaja mencari peluang, malah dahagakan kejayaan dan perubahan masa depan yang lebih baik.

Y.M. Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj

AURUM GOLD diterajui oleh Y.M. Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj selaku Co-Founder & Pengerusi. Dengan pengalaman, kepimpinan dan visi yang dibawa, beliau berhasrat membangunkan sebuah ekosistem logam berharga yang lebih dipercayai, profesional dan mampu meletakkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Ucapan beliau penuh inspirasi turut membangkitkan semangat para hadirin apabila menekankan bahawa kejayaan bukan hanya milik bangsa lain semata-mata, malah bangsa Melayu juga mampu mencipta kejayaan besar dalam dunia perniagaan dan kewangan jika berani melangkah ke hadapan.

Berteraskan prinsip utama iaitu kepercayaan, AURUM GOLD percaya bahawa emas bukan sekadar simpanan, tetapi simbol kestabilan kewangan, perlindungan nilai dan jaminan masa depan.

Dengan slogan rasmi:

“Built on Trust. Backed by Real Gold.”

AURUM GOLD kini bersedia melangkah lebih jauh dalam membina sebuah platform emas moden yang diyakini masyarakat serta berpotensi menjadi antara nama besar dalam industri emas serantau dan antarabangsa.

Keunikan konsep yang dibawa, keyakinan masyarakat terhadap jenama ini serta permintaan pasaran yang semakin meningkat dilihat mampu menjadikan AURUM GOLD sebagai antara platform emas paling berpotensi untuk mencipta fenomena baharu dalam industri pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *