Author: Nurzulaikha

  • SELANGOR MEGA JOB FAIR

    SELANGOR MEGA JOB FAIR

    SELANGOR MEGA JOB FAIR

    Walk In Interview

    Tarikh: 11 & 12 Jun 2022

    Tempat: MBSA Convention Centre, Shah Alam

    Masa: 9.00 pagi – 5.30 petang

    Sila layari: www.SelangorJobportal.com.my

    Lebih 20,000 peluang pekerjaan ditawarkan

    Lebih 100 syarikat / majikan terlibat

  • LKE semarak industri durian negara dengan program legasi durian patuh syariah -NANASX

    LKE semarak industri durian negara dengan program legasi durian patuh syariah -NANASX

    KUALA LUMPUR, 14 Mei 2022 – Ketua Pengarah Jabatan Pertanian (DOA), YBhg. Dato’ Zahimi bin Hassan telah merasmikan Program Legasi Perkongsian Durian Patuh Syariah yang pertama LKE Musang Queen yang dinamakan Phase 5: NanasX. Sempena program ini, LKE Group Sdn. Bhd (LKE) bekerjasama dengan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARUC) demi menjalankan kajian terhadap kaedah yang paling efektif untuk membesarkan dan menjaga pokok durian secara saintifik sebagai usaha untuk meningkatkan industri dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi ideal untuk pengeksportan durian secara global.


    Dengan peningkatan permintaan untuk durian premium, LKE Musang Queen membolehkan para rakan kongsi mengakses pasaran melalui tanah pegangan bebas seluas 200 ekar mereka. Projek ini mempunyai 20 fasa, dengan setiapnya mempunyai saiz yang berlainan dan kepelbagaian durian premium.

    Ini hanya dibolehkan kepada bakal rakan kongsi setelah pokok di dalam kawasan terbabit mencapai usia 1 tahun atau lebih dan mempunyai infrastruktur yang secukupnya. Ini menunjukkan ketelusan dan pada masa yang sama mengurangkan risiko yang diambil para rakan kongsi.


    Dengan pelancaran ‘Phase 5: NanasX’ yang menghasilkan durian Blackthorn dan Musang King di kawasan seluas 5 ekar, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan LKE Group Sdn. Bhd., Encik Jeremy Chin mengumumkan komitmen syarikatnya untuk mempamerkan kebolehpercayaan dengan mematuhi undang-undang syariah.

    Beliau berkata, “Di LKE, kami telah mengambil pelbagai langkah untuk membina kredibiliti dan ketelusan di dalam operasi, antaranya adalah pematuhan syariah. Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa LKE Musang Queen adalah program perkongsian durian legasi patuh syariah yang pertama di Malaysia, sekaligus memberi kelebihan kepada para rakan kongsi kami.”


    “Kami sentiasa mencari cara untuk menambah baik masa depan kami, kerana semua projek kami memberikan tumpuan terhadap kelestarian dan inovasi. Satu lagi aspek yang memberi manfaat kepada rakan kongsi projek LKE Musang Queen adalah LKE Legacy Plan. Dibangunkan di atas tanah pegangan bebas, rakan kongsi dibolehkan untuk mewaris pegangan mereka kepada ahli keluarga yang lain untuk meraih pulangan yang lumayan pada masa akan datang,” tambah beliau.

    LKE turut mengumumkan kerjasama bersama TARUC untuk menjalankan program kajian menggunakan sampel tanah untuk menyelidik kesan pembolehubah terhadap perkembangan dan kesihatan pokok durian.

    Melalui program ini, LKE berniat untuk memahami dengan lebih menyeluruh kaedah saintifik yang terbaik untuk membesarkan dan menjaga pokok durian dengan harapan untuk menemukan kaedah baru sekaligus membangunkan industri secara menyeluruh.

    Dengan ini, Malaysia mampu untuk memenuhi permintaan durian untuk pasaran global secara efektif, di mana ianya dijangka mencecah USD30 billion menjelang 2025.


    YBhg. Dato’ Zahimi bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian berkata, “Saya yakin dan percaya bahawa adaptasi teknologi pertanian moden di sepanjang rantaian nilai dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran buah durian tempatan untuk pasaran global.

    Pendekatan yang dilaksanakan oleh LKE bertepatan dengan sinergi pintar bagi memacu pembangunan ekosistem pertanian lestari melalui kerjasama erat antara jabatan, institusi pengajian tinggi dan pihak swasta yang dapat memaksimumkan nilai kemampanan ekonomi sektor agromakanan negara.”

    Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.lkegroup.com.my/lke-musang-queen/.

  • Pegawai Khas Ahli Parlimen cubaan sogokan wang demi raih undi calon bertanding

    Pegawai Khas Ahli Parlimen cubaan sogokan wang demi raih undi calon bertanding

    HULU SELANGOR, 17 Mei 2022 – Seorang ahli PKR, M Soundrarajan membuat satu laporan polis berkenaan tentang sogokan wang diterima untuk meraih undi dalam perlantikan baru barisan kepimpinan pemilihan 2022, Parti Keadilan Rakyat (PKR), baru-baru ini.

    Menurutnya, seorang setiausaha kepada seorang Ahli Parlimen telah menawarkan sogokan sebanyak RM50 kepada seorag ahli yang mengundi Ahli Parlimen tersebut sebagai Ketua Cabang PKR.

    Sogokan tersebut berlaku di kedai guntingnya di Batang Kali petang semalam.

    “Di bawah saya ada 110 orang ahli PKR yang turut diberikan sogokan untuk memilih Ahli Parlimen berkenaan, malah saya juga ditawarkan sebanyak RM1,000 jika dapat mempengaruhi ahli PKR yang lain.

    “Saya merasakan perbuatan ini tidak patut kerana apabila ingin sesuatu dari kami (rakyat), baru muncul datang kepada kami, sebelum ini jika kami inginkan bantuan, tidak dilayan sama sekali.

    “Namun saya menolak perlawaan tersebut dan bercadang untuk membuat laporan ke SPRM,” katanya. – UTV Media Msia

  • Memperkasa hala tuju ANGKASA-UMK Research Academy (AURA) terus digerakkan menerusi pelbagai aktiviti baharu.

    Memperkasa hala tuju ANGKASA-UMK Research Academy (AURA) terus digerakkan menerusi pelbagai aktiviti baharu.

    Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik berkata, bagi meningkatkan lagi peranan AURA sebagai ‘Pusat Kecemerlangan Koperasi’, ANGKASA bersetuju untuk menaja lebih banyak projek penyelidikan berkaitan pembangunan keusahawanan koperasi termasuklah pengadaan program latihan industri dan penganjuran program-program keusahawanan seperti webinar, bengkel dan kursus mengikut sektor perniagaan masing-masing.

    Beliau yang mewakili Presiden ANGKASA berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan pembukaan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ANGKASA-UMK Research Academy (AURA) Bil. 1/2022 Kali ke-2 di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya hari ini (12 Mei 2022).

    Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; Setiausaha Eksekutif ANGKASA, En. Hasnan Haji Mustapha; Pengurus Besar Bahagian Sekretariat ANGKASA, Haji Anuar Bulin; Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, En. Halim Haji Ibrahim dan Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Haji Rahim Abdul Rahman.

    Hadir mewakili UMK ialah Naib Cancelor, Prof. Dr. Razli Che Razak; Timbalan Naib Canselor (apenyelidikan dan Inovasi, Prof. TS Dr. Arham Abdullah; Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Prof. Madya Dr. Mohd Nor Hakimib Yusoff; Dekan Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business, Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi; Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pancasiswazah) Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Dr. Ahmad Ridhuwan Abdullah; Pengarah Kanan Institut Keusahawanan UMK, Prof. Dr. Mohammad Ismail dan Pengarah ANGKASA-UMK Research Academy (AURA), Dr. Noor Raihani Zainol.

    Menerusi mesyuarat tersebut, ANGKASA dan UMK akan memberi tumpuan terhadap aktiviti penyelidikan dan inovasi berkaitan dengan koperasi dan keusahawanan sosial secara lebih bersepadu melibatkan penyertaan lebih banyak pihak berkepentingan seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa).

  • KPDNHEP mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan bekalan Petrol Ron 95 mencukupi di seluruh negara.

    KPDNHEP mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan bekalan Petrol Ron 95 mencukupi di seluruh negara.

    PUTRAJAYA, 9 Mei 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
    Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil maklum aduan dan rungutan
    orang ramai berhubung isu bekalan petrol RON 95 yang terjejas di beberapa
    kawasan di seluruh Negara seperti dilaporkan baru-baru ini. Pihak
    KPDNHEP telah menjangkakan akan berlaku peningkatan jumlah
    kenderaan yang luar biasa di jalan raya sepanjang musim perayaan Hari
    Raya Aidilfitri tahun ini ekoran proses peralihan Negara ke fasa endemik dan
    pembukaan sempadan Negara yang membolehkan Keluarga Malaysia
    pulang ke kampung halaman masing-masing.

    • Bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan memastikan bekalan
      bahan api kenderaan sentiasa mencukupi di stesen minyak seluruh Negara,
      KPDNHEP telah mengambil tindakan awal dengan mengadakan sesi libat
      urus bersama Persatuan Pengusaha Stesen Minyak (PDAM) bagi
      memastikan semua pengusaha stesen minyak berada dalam keadaan siap
      siaga sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
    • Selain itu, pihak Kementerian juga telah mengambil langkah
      sewajarnya dengan membenarkan semua stesen minyak di seluruh Negara

    untuk menambah had kuantiti simpanan terutamanya bagi petrol RON 95
    bagi memastikan bekalan petrol RON 95 mencukupi musim perayaan ini.
    Berdasarkan Garis Panduan Pelesenan Barang-Barang Kawalan Berjadual
    (CSA), kadar had kuantiti ini ditentukan menerusi surat sokongan daripada
    Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menyatakan had
    kuantiti simpanan yang sesuai bagi produk petroleum, diesel dan LPG.
    Justeru, setiap stesen minyak mempunyai kadar had kuantiti simpanan yang
    berbeza, tertakluk kepada luas premis dan sistem simpanan tangki bawah
    tanah (UGT) masing-masing.

    • Antara faktor yang telah dikenalpasti menyumbang kepada berlakunya
      kekurangan bekalan petrol RON 95 adalah peningkatan mendadak jumlah
      kenderaan yang menyumbang kepada meningkatnya permintaan petrol
      RON 95 di seluruh Negara. Selain itu, kelewatan kapal tangki yang
      membawa minyak untuk sampai di terminal di Bagan Luar, Pulau Pinang
      dan Kuantan, Pahang juga menyumbang kepada berlakunya isu ini selain
      kapasiti tangki simpanan di stesen-stesen minyak tertentu tidak mampu
      untuk menampung permintaan pengguna.
    • Bagi menangani segera isu ini, pihak Kementerian telah mengambil
      dua langkah penyelesaian jangka pendek dengan melaksanakan tindakan
      seperti berikut:
      i. Mendapatkan kerjasama daripada pihak Kementerian
      Pengangkutan Malaysia untuk mempercepatkan proses
      pelepasan kapal-kapal minyak

    ii. Pemantauan berterusan pihak KPDNHEP supaya tidak berlaku
    penyelewengan ke atas bekalan bahan api kenderaan
    terutamanya petrol RON 95.

    • Pihak Kementerian ingin menyarankan orang ramai supaya buat
      sementara waktu ini untuk beralih kepada jenama minyak syarikat lain yang
      berhampiran berbanding jenama minyak syarikat tertentu yang menjadi
      kebiasaan digunakan oleh pengguna kerana bukan semua stesen minyak
      menghadapi masalah bekalan terputus ini.
    • Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang aduan berhubung
      perkara ini boleh melaporkan kepada pihak KPDNHEP melalui saluran
      aduan berikut:

    • i. WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000
      ii. Portal Aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my
      iii. Call Centre 1-800-886-800
      iv. Emel e-aduan
  • Simptom ‘Microsleep’ bahaya buat pemandu

    Simptom ‘Microsleep’ bahaya buat pemandu

    7 MEI 2022 – KKM menyarankan agar anda yang ingin memandu untuk jangkamasa panjang pastikan mendapat rehat secukupnya. Pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang cukup sebelum memulakan pemanduan untuk pulang ke kediaman masing-masing

    Patuhi lang kah dan tip pencegahan bagi mengelakkan simptom ‘Microsleep’ ketika memandu sebagaimana yang disarankan oleh KKM. Merancang agar segalanya lancar

    Nyawa tiada ganti.

  • Konsert CSR M.Nasir sempena Aidilfitri

    Konsert CSR M.Nasir sempena Aidilfitri

    Selepas negara dilanda pendemik kini Dato M.Nasir menarik nafas lega dapat berkongsi rezeki bersama sembilan pemuzik termasuk penyanyi latar dalam Konsert Satu Hari Di Hari Raya.

    Sifu Dato’ M.Nasir akan mengadakan Konsert bertemakan sambutan Aidilfitri
    (Rumah Terbuka) justeru kami ingin menjemput mana-mana syarikat swasta mahupun badan kerajaan yang ingin bersama raikan di alu-alukan raikan bersama.

    konsert itu juga merupakan persembahan amal (CSR) dianjurkan oleh Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) membantu penggiat seni yang kurang bernasib baik dapat memberi sumbangan kepada mereka yang terlibat.

    Kami menjemput rakan-rakan untuk datang ke Konsert ‘Satu Hari Di Hari Raya’ Dato M.Nasir berkonsepkan Rumah Terbuka Aidilfitri pada 27 May 2022 bersamaan 26 Syawal 1443.
    Bertempat di Dewan Merdeka WTCKL, jam 8.00 malam.

    Pasti anda akan merindukan lagu-lagu M.Nasir SATU HARI DI HARI RAYA, SALAM, DUNIA, PENING RAYA, SUATU MASA, APOKALIPS, NUR NILAM SARI,MANTERA SEMERAH PADI, TANYA SAMA ITU HUD HUD, BONDA, GERHANA, ANAK ANAK KITA, ANDALUSIA, RAIKAN CINTA dan banyak lagi.

    Persembahan selama 90 minit itu akan menyaksikan nyanyian sebanyak 20 lagu popularnya darinya.

    Bagi mereka yang ingin raikan bersama sifu M.Nasir beraksi hubungi :

    www.wasap.my/60166720370/KonsertSatuHariDiHariRayaDatoMNasir

    Salimey Abu Bakar,
    Pengurus Acara Konsert Satu Hari Di Hari Raya.

  • Sesi Dialog Aspirasi Pembangunan Industri Halal Selangor bersama SME dan Majlis Iftar Ramadan.

    Sesi Dialog Aspirasi Pembangunan Industri Halal Selangor bersama SME dan Majlis Iftar Ramadan.

    Dato’ Dr Gavin Voon Shih Chin, Yang Dipertua Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Selangor, berasa bangga kerana telah berjaya melaksanakan “Sesi Dialog Aspirasi Pembangunan Industri Halal Selangor bersama SME dan Majlis Iftar Ramadan”.

    Katanya, tujuan dialog adalah untuk menjalinkan hubungan antara pemenang usahawan Selangor yang menerima Anugerah Pilihan Pengguna (CCA) 2022-2023 oleh MTPN Selangor bagi mengetahui mengenai maklumat industri halal yang tepat. Ini kerana kebanyakan usahawan bukan Islam tidak mengetahui mengenai proses pensijilan halal yang betul, serta ditipu oleh orang tengah.

    “Sasaran kami selepas sesi dialog ini, supaya kami akan meneruskan lagi sesi dialog kepada 100 usahawan pemenang Anugerah Pilihan Pengguna (CCA) serta buat webinar kerana hari ini yang dapat hadir cuma 10 orang sahaja, kami berharap semua pemenang Anugerah CCA boleh mendapatkan maklumat yang tepat dari Pejabat Exco ataupun Halal International Selangor.

    “Harapan kami supaya program ini dapat memberikan informasi halal yang tepat dan serta memberi pengetahuan mengenai insentif setelah proses mendapatkan sijil halal untuk membantu usahawa Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (PKS) untuk mengembangkan bisnes mereka ke peringkat global.

    Untuk maklumat semua, International Strategic Institute di bawah payung MTPN Selangor sentiasa memainkan peranan sebagai jambatan yang menghubungkan para usahawan dengan agensi-agensi kerajaan untuk membantu mengembangkan ekonomi negara.

    Pada masa akan datang, kita bercadang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pejabat exco serta Halal International Selangor untuk mengukuhkan kerjasama lagi.

  • Program menarik kembali lagi di UTV Media Malaysia!

    Program menarik kembali lagi di UTV Media Malaysia!

    Tesser program terbaru

    UTV menawarkan pengisian program yang pelbagai untuk memenuhi citarasa masyarakat tempatan berusia 10 tahun hingga 65 tahun. Mengetengahkan genre utama iaitu Destinasi, Hiburan, Drama, Bicara dan program Islam , UTV turut menyiarkan variasi hiburan mengetengah kan artist, cara hidup, pandangan Gaya dan trend terkini

    jangan lupa mengikuti Portal kami .

  • Hari Buruh 2022 – Harapan & Solusi dambaan rakyat

    Hari Buruh 2022 – Harapan & Solusi dambaan rakyat

    1 MEI 2022 – PEJUANG Muda Malaysia mengucapkan selamat menyambut hari buruh tahun 2022 kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah mencurahkan bakti dan tenaga dalam
    segenap sektor di negara ini, demi kemajuan & kesejahteraan Malaysia.

    Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak kerajaan atas beberapa inisiatif yang
    diambil terkait isu pekerjaan, namun PEJUANG Muda Malaysia berpendapat, banyak
    lagi perkara yang perlu ditambah baik agar ‘buah’ inisiatif ini benar-benar mencapai
    tujuan kewujudannya.

    Inisiatif gaji minima yang ditetapkan oleh kerajaan baru-baru ini disambut dengan baik
    oleh golongan pekerja, namun perhatian serius harus diberikan oleh kerajaan agar
    kenaikan tahap gaji minima ini dapat dinikmati sepenuhnya oleh pekerja terutama di
    kalangan B40. Isu kenaikan harga barangan asas kini yang masih belum
    berkesudahan tidak akan membantu pekerja walaupun kadar gaji minima yang baharu
    ditetapkan.

    Terkait kadar gaji minima, Pejuang Muda Malaysia berharap agar kadar upah atau gaji
    minima kepada golongan professional juga wajar dikaji semula, terutama yang
    melibatkan pekerja siswazah seperti jurutera, peguam, akauntan dan sebagainya.
    Masakan isu ‘jurutera miskin’ masih boleh menjadi tajuk utama akhbar selepas negara
    mencapai kemajuan yang pesat dalam pelbagai bidang.

    Melalui Majlis Pekerjaan Negara dan inisiatif lain yang diterajui kerajaan, Pejuang
    Muda Malaysia menyandarkan harapan penuh agar lebih banyak peluang pekerjaan
    berkemahiran tinggi diwujudkan bagi mengurangkan isu ketidakpadanan pekerjaan
    atau ‘job mismatch’. Lambakan graduan universiti dan kolej dari pelbagai bidang
    ditambah dengan penutupan perusahaan besar dek pandemik dilihat akan menjadi
    lebih parah jika kerajaan tidak mengambil tindakan tuntas. Inisiatif kerajaan yang
    mesra syarikat multinasional dilihat berupaya mengawal seterusnya menyelesaikan
    isu ini.

    Dalam peralihan ke fasa endemik, isu jaminan pekerjaan atau ‘job security’ dilihat lebih
    serius dimana pekerja terpaksa melakukan lebih dari yang sepatutnya tanpa bayaran
    tambahan setimpal semata-mata untuk mengelakkan daripada dipecat. Ini memberi
    lebih tekanan kepada pekerja yang pasti memberikan impak negatif kepada
    produktiviti pekerja dan perusahaan secara umum.

    Isu ketidakadilan kepada pekerja seperti pemecatan tanpa sebab, gaji tidak berbayar
    dan sebagainya harus dilihat dengan lebih serius oleh pihak kerajaan. Kewujudan akta
    tertentu yang melindungi hak pekerja tidak memberi makna apa-apa tanpa
    penguatkuasaan yang berkesan.

    Perhatian harus diberikan kepada kes di mana pekerja tidak dapat mempertahankan

    hak mereka semata-mata kerana tidak mampu untuk mengupah peguambela yang

    sesuai dalam memperjuangkan kes di mahkamah, dan majikan pula terlepas daripada

    tindakan penguatkuasaan disebabkan kemampuan mereka mengupah peguambela

    yang lebih baik.

    Pejuang Muda Malaysia berharap agar hari buruh tahun 2022 yang kebetulan jatuh

    dekat dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, dapat disambut dengan

    penuh kesyukuran pada masa yang sama dengan iktikad untuk sama-sama menjadi

    lebih baik dan produktif demi kemajuan bangsa dan negara baik dari pihak pekerja

    mahupun majikan.

    Dipl.-Ing (FH) Mohd Akmal M Yusoff

    EXCO PEKERJAAN & MODAL INSAN

    PEJUANG MUDA MALAYSIA