Author: Nurzulaikha

  • Program MBI Prihatin sumbang barangan makanan kepada pusat jagaan anak yatim

    Program MBI Prihatin sumbang barangan makanan kepada pusat jagaan anak yatim

    IPOH, 16 JUN 2022 – Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyampaikan Sumbangan Barangan Makanan bernilai RM1000 sumbangan Econsave bersama Encik Chua Yong Chiang, Pengurus Econsave Wilayah Utara 2 kepada Pengurus Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Al-Yassin sempena Program MBI Prihatin di No.53 Persiaran Cempaka Sari 12, Taman Cempaka tengahari lalu.

    Ia turut dihadiri oleh Encik Ooi Kean Hock, Pengurus Econsave Cawangan Jelapang.

    MBI telah mengambil inisiatif mewujudkan Program MBI Prihatin sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    Lebih RM2 juta telah dibelanjakan bagi membantu meringankan beban penduduk, peniaga, anggota dan mantan anggota MBI dalam meneruskan kehidupan mereka yang terkesan dalam situasi pandemik dan endemik Covid-19.

    Perbelanjaan ini dibiayai oleh MBI serta rakan strategik seperti pasar raya Econsave, Kinta Properties, Kuala Lumpur Kepong (KLK) serta penaja lain.

    Semoga program MBI Prihatin akan terus menjadi platform MBI untuk menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera.

    MBI berharap sumbangan tersebut akan membantu meringankan beban pengurusan Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Al-Yassin.

  • “Kalau begini cara bermainnya, saya yakin tahun depan EIJ FC peringkat satu!” – Pak Asrizal

    “Kalau begini cara bermainnya, saya yakin tahun depan EIJ FC peringkat satu!” – Pak Asrizal

    Baru-baru ini telah berlangsung perlawanan akhir Liga Bolasepak Shah Alam, Eko Indra Jaya Foot Ball Club di Stadium Mini Shah Alam pada 12 Jun lepas.

    Suasana majlis tambah meriah dengan kehadiran tetamu kehormat, Anggota Dewan Acheh, Pak Asrizal yang turut sama menyaksikan perlawanan tersebut.   

    Dalam temubual, Pak Asrizal turut mengatakan bahawa beliau sangat bergembira dan senang hati serta berterima kasih kepada Dato Haji Man yang mengetuai pasukan bola sepak ini.

    “Sangat senang sekali, kalau di Acheh, perlawanan ini dipanggilkan sebagai olahraga rakyat, untuk hari ini, inisiatif Haji Man untuk mengambil beberapa yang berbakat untuk bermain di Kelab Bolasepak Eko Indra Jaya Football Club di Malaysia,” katanya.

    Tambah Asrizal, turut menyatakan perasaan beliau kepada rentak permainan pemain-pemain Eko Indra Jaya Football Club.

    “Salam hormat saya untuk kawan-kawan di EIJ FC, sangat luar biasa bertarung, nasib sahaja mungkin belum berpihak kepada mereka, tetapi posisi ketiga, bagi saya merupakan posisi terbaik dapat sehingga kini.

    “Kalau begini cara bermainnya, saya yakin EIJ FC tahun depan nombor satu,” katanya disertai dengan doa daripada tim pasukan. – UTV Media Msia

  • Bukan sekadar kelab bola sepak, Eko Indra Jaya FC bakal cipta nama di Malaysia

    Bukan sekadar kelab bola sepak, Eko Indra Jaya FC bakal cipta nama di Malaysia

    Shah Alam, 12 Jun 2022- “Tidak kenal penat dan lelah, sentiasa bersemangat waja!” Itulah keistimewaan dan kekuatan jitu yang ada dalam Kelab Pasukan Bolasepak Acheh di Malaysia bernama Eko Indra Jaya Football Club (EIJ FC).

    Bukan sekadar kelab bola sepak, namun kekuatan pasukan yang kuat membuatkan nama kelab pasukan ini cepat meningkat naik dan telah menempah nama walaupun hanya berumur 1 tahun jagung, itu satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh kelab pasukan ini.

    Kelab Bolasepak Acheh di Malaysia ini ditubuhkan oleh pengusaha asal Acheh di Malaysia bernama Haji Man, Tgk Haikal sebagai Pengarah dan Tgk Jai sebagai wakil Presiden dan Tgk Raji.

    Turut hadir memeriahkan perlawanan bola sepak tersebut adalah Ahli Parlimen Acheh, Pak Asrizal yang sama memberi sokongan terhadap pasukan tersebut.

    Kelab ini dianggotai oleh para pemain dari kalangan peniaga asal Aceh dan warga Melayu berketurunan Aceh serta pemain import dari Arab dan Nigeria.

    Ketua Eko Indra Jaya FC, Haji Man berkata, beliau berasa amat terharu dengan pencapaian yang diberikan oleh pemain-pemain, bagi tahun yang pertama, sudah berada di tempat yang ketiga di perlawanan Liga Shah Alam, satu pencapaian yang baik bagi permulaan.

    “Terima kasih setinggi-tingginya kepada semua yang terlibat, pemain- pemain EIJ FC, terima kasih diatas pencapaian yang telah mereka berikan kepada pasukan, kerana untuk tahun pertama kelab pasukan bolasepak ini ditubuhkan, kita sudah  berada di tempat ketiga.

    Terima kasih kepada semua yang telah bertungkus-lumus mempertahankan Kelab Bola Pasukan Eko Indra Jaya FC”, tambahnya.

    Ketua Pasukan Muhd Shamsudin bin Mohd Jamaludin, berkata, para pemain diajar teknik bermain bola sepak dan  diberi pendedahan program latihan bersistematik. Langkah ini dapat mengasah dan mencungkil bakat, memberi pendedahan awal dan kemahiran bola sepak dalam kalangan pemain-pemain,” katanya.

    “EIJ FC juga mengambil pemain import dari Arab dan Nigeria serta pemain yang berpengalaman pernah main di Sepanyol dan liga di Malaysia, Pemain kami juga ada yang berpengalaman serta pernah berlawan di Liga Sepanyol dan Liga Selangor.

    “Saya juga ingin berterima kasih kepada Haji Man, Tgk Haikal, Tgk Jai dan Tgk Raji kerana telah banyak memberikan sokongan dari belakang.

    Selain itu, EIJ FC adalah bertujuan untuk meningkatkan persaudaraan antara satu sama lain dan berharap usaha ini boleh membawa kebaikan kepada masyarakat Aceh umumnya, khususnya yang berada di Malaysia.

    Video Sidang Media

  • Malaysia Sea Star Handicraft Festival hargai kraftangan buatan Malaysia

    Malaysia Sea Star Handicraft Festival hargai kraftangan buatan Malaysia

    DAMANSARA: Inisiatif pasukan Malaysia Sea Star menganjurkan program ‘Malaysia Sea Star Handicraft Festival’ dalam menyokong Tema Pesta Kraf Selangor iaitu – Bekerjasama dan Menang-Menang Bersama, Slogan – Menyaksikan Kehebatan Seni yang berlangsung pada 11-12 Jun 2022 dalam merancakkan industri kraf negara pascapandemik COVID-19.

    Program ini adalah satu platform yang terbaik dalam memperkenalkan produk kraftangan (homemade) buatan Malaysia kepada masyarakat setempat dan juga pelancong luar negara.

    Malaysia Sea Star Handicraft Festival juga mengetengahkan keunikan produk-produk kraftangan tempatan yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa di dalam satu bumbung.

    Menurut pasukan Malaysia Sea Star, acara ini disertai oleh 140 usahawan jenama tempatan di Malaysia dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua kumpulan etnik di Malaysia, termasuk bakat Melayu, bakat India, bakat Cina, bakat Iban dan Orang Asli.

    Apa yang lebih menarik, setiap vendor dibahagikan kepada 10 zon berdasarkan bidang kepakaran dan kreativiti mereka serta dihiasi dengan keunikan, persembahan estetik yang bermutu tinggi adalah sesuatu yang jarang dilihat di Malaysia bakal menanti pengunjung yang hadir ke acara ini!

    Lebih daripada 70% daripada jenama buatan tangan yang menyertai acara ini adalah jenama terkenal dan pakar kraf tangan di Malaysia.

    Sebagai contoh, salah seorang daripada mereka ialah Cik Suzi Chua, seorang pelukis terkenal di peringkat antarabangsa, hasil kerja beliau diiktiraf di peringkat antarabangsa dan lukisan beliau pernah dijual pada harga USD10,000.

    Acara ini juga disokong oleh Sekolah Menengah Cina Kuala Lumpur, sebanyak 300 orang pelajar mengambil bahagian dan membantu dalam pemasangan karya seni kitar semula di tempat tersebut.

    Sasaran kehadiran pengunjung dijangka akan dikunjungi seramai 3000-5000 orang, terdapat juga lebih daripada 30 bengkel buatan tangan dan orang ramai boleh bersama-sama mempelajari pelbagai teknik kraftangan.

    Acara ini telah mendapat sokongan penuh dari ‘Dream Filem’ dan mereka komited untuk merakam video, gaya filem untuk acara ini.

    Harapan kami adalah untuk meningkatkan ekonomi usahawan kraftangan, ibu tunggal yang terkesan ketika COVID-19 serta memulihkan indusri kraf tempatan supaya kembali bangkit dan melonjakkan semula industri kraf tangan selepas melalui fasa sukar akibat penularan COVID -19 di negara ini.

    Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada NCT Group dan Rekatone.com yang menaja kos publisiti untuk program ini.

  • Berjayakah Zamani mengenal penyanyi sebenar di minggu 6?

    Berjayakah Zamani mengenal penyanyi sebenar di minggu 6?

    Petaling Jaya, 11 Jun 2022 – Episod minggu lalu mencatatkan kejayaan buat Ella dan Misha Omar apabila mereka berjaya meneka siapa penyanyi sebenar dalam kalangan peserta.


    Untuk episod kali ini, kami bawakan artis “legend” yang tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air iaitu Zamani.

    Beliau yang dikenali sebagai penyanyi pop rock popular Malaysia ini, turut mempersembahkan
    lagu-lagu hits beliau yang sehingga kini masih menjadi pujaan ramai.


    Masih mengekalkan panel tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Janna Nick dan Andi Bernadee, kali ini mereka ditemani panel-panel jemputan iaitu Ropie, Hazama dan Black.

    Jika dilihat pada pengalaman mereka di
    bidang nyanyian, sudah tentu sahaja Hazama dan Black mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi, tidak sukar untuk mereka menilai para peserta. Namun, adakah kelebihan itu dapat membantu mereka dalam I Can See Your Voice Malaysia?

    Berlatarbelakangkan sebagai seorang pelakon komedi dan sentiasa berbuat jenaka di kaca TV, adakah pendapat Ropie akan diambil serius ketika mengulas tentang enam orang
    peserta ini nanti ? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan I Can See Your Voice Malaysia 5, minggu ini !


    I Can See Your Voice Malaysia 5 dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce bersiaran pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

  • Lebih 8,000 peluang pekerjaan di Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia

    Lebih 8,000 peluang pekerjaan di Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia

    TAPAH, PERAK – Sekurang-kurangnya 8,000 peluang pekerjaan menanti pencari kerja di Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan Tapah, pada 11 hingga 12 Jun ini.

    Karnival anjuran Kementerian Sumber Manusia menerusi agensinya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ini menawarkan peluang kerjaya kepada orang ramai khususnya golongan pencari kerja di negeri Perak merangkumi individu yang kehilangan pekerjaan, graduan, golongan mudah terjejas termasuk warga emas, orang kurang upaya (OKU), bekas banduan, veteran askar, orang asli dan golongan wanita.

    Bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang, karnival pekerjaan ini bakal menghimpunkan sebanyak 30 majikan daripada pelbagai sektor seperti sektor perkhidmatan, pembuatan, perdagangan borong dan peruncitan, perhotelan serta makanan dan minuman.

    Antara majikan yang terlibat dalam karnival ialah Plexus, UEM Edgenta, Panasonic, HICOM dan banyak lagi.Buat julung kalinya juga, PERKESO dengan Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) iaitu sebuah entiti penting yang menerajui pembangunan modal insan dan perkhidmatan pekerjaan di negeri Perak telah bekerjasama bagi menganjurkan karnival ini.

    Menerusi Bajet 2022, majikan yang membuat pengambilan pekerja baharu melalui karnival ini akan berpeluang untuk menerima bantuan JaminKerja-Insentif Penggajian (JKIP)sehingga RM42,000 untuk tempoh maksimum 12 bulan.

    Selain itu, bantuan mobiliti sehingga RM500 turut disediakan buat mana-mana pencari kerja yang layak dan berjaya mendapatkan pekerjaan.

    PERKESO menyeru individu yang aktif mencari pekerjaan atau ingin meneroka peluang pekerjaan yang baharu untuk mencuba nasib dengan menghadiri sesi temu duga terbuka yang akan dijalankan secara bersemuka dengan majikan yang mengambil bahagian dalam karnival ini. – UTV Media Msia

  • Cadang tubuh pasukan petugas khas laporan kad kredit – Gerakan

    Cadang tubuh pasukan petugas khas laporan kad kredit – Gerakan

    KUALA LUMPUR: Presiden Nasional Parti Gerakan, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai bimbang mengenai laporan kad kredit atau wang simpanan yang kerap dicuri. Oleh itu, beliau mencadangkan Bank Negara Malaysia menubuh pasukan petugas untuk menjalankan semakan menyeluruh terhadap mekanisme keselamatan bank terkini supaya dapat melindungi harta pelanggan dan memulihkan keyakinan rakyat terhadap bank.

    Beliau berkata, rakyat percaya bank adalah tempat yang paling selamat jadi mereka menyimpan wang ke dalam bank. Namun, wang yang pelanggan menyimpan dalam akaun bank dicuri tanpa pengetahuan, notis atau pengesahan.

    Kerajaan dan Bank Negara mesti mengambil serius isu ini. Ia bukan kes terpencil, tetapi kes yang kerap terjadi dalam negara kita. Jika menyimpan wang di bank juga tidak boleh menjamin keselamatan, di mana lagi kita boleh menyimpan wang kita?”

    Beliau membuat kenyataan di atas dalam satu kenyataan semalam.

    Beliau menasihat Bank Negara perlu mengambil tindakan segera supaya orang ramai tidak akan mengurangkan keyakinan terhadap bank dan mempunyai kesan serius kepada sistem perbankan dan ekonomi kita.

    “Kini, terdapat banyak jenis penipuan  kes yang berlaku di negeri kita dan ia menakutkan ramai orang dan risau mereka akan menjadi mangsa seterusnya.”

    Oleh itu, kami berharap kerajaan dan Bank Negara boleh mengambil tindakan segera dan menetapkan standard yang lebih ketat dan selamat. Ini juga termasuk mengambil tindakan tegas terhadap bank yang berlaku kes dicuri untuk memaksa bank meningkatkan keselamatan sistem mereka.

    Selain itu, beliau mencadangkan kerajaan menubuhkan undang-undang yang lebih ketat untuk menghukum berat penjenayah yang terlibat dalam kes penipuan supaya kes penipuan dapat dielakkan.

  • Global funding for rubber innovation (GFRI) bakal menarik lebih pelaburan dalam Industri getah Malaysia

    Global funding for rubber innovation (GFRI) bakal menarik lebih pelaburan dalam Industri getah Malaysia

    • Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Datuk HajahZuraida Kamaruddin telah melancarkan ‘Global Funding for RubberInnovation (GFRI)’ oleh Majlis Getah Malaysia (MRC) hari ini. GFRI yang bertemakan “Memupuk Idea untuk Industri Getah SecaraGlobal” merupakan inisitatif MRC bagi mewujudkan ekosistem yanglengkap untuk menyokong pembangunan industri getah dalam bidangyang berkaitan, seperti penyelidikan dan pembangunan (R&D).
    • Objektif utama GFRI adalah untuk menggalakkan penjanaan idea,inovasi dan ciptaan bagi produk dan teknologi getah dengan dayapengkomersialan yang tinggi untuk menarik pelaburan dalam industrigetah Malaysia. Produk getah Malaysia kini dieksport ke 189 buahnegara di seluruh dunia dengan kadar eksport telah meningkatsebanyak 50.6% daripada RM40.1 bilion pada 2020 kepada RM61.7bilion pada tahun 2021.
    • Industri, universiti, dan institusi penyelidikan merupakan pusat mindaterbaik negara yang memiliki kumpulan pakar dari pelbagai bidang.Oleh itu, para penyelidik dari pelbagai organisasi memainkan perananpenting dalam menjana inovasi yang boleh menyumbang kepadakemakmuran ekonomi. Dalam hal ini, Malaysia boleh menggunakankepakaran teknikal dari negara-negara maju seperti Amerika Syarikat,Eropah dan Jepun yang berpotensi memacu pembangunan teknologiyang pesat.
    • MRC Global Funding for Rubber Innovation menyediakan danapermulaan berjumlah RM10 juta yang akan dianugerahkan sebagaidana penyelidikan penuh. Dana penyelidikan ini terbuka kepadasemua penyelidik tempatan dan luar negara dari pelbagai institusipenyelidikan awam dan swasta, universiti, institusi pengajian tinggidan syarikat yang berpangkalan di dalam dan luar Malaysia.
    • Satu Jawatankuasa Khas terdiri daripada pakar industri dan teknikaldari sektor awam dan swasta telah ditubuhkan untuk menjalankanpenilaian teknikal dan kewangan ke atas kertas-kertas cadanganpenyelidikan yang menepati keperluan program pembiayaan.
    • Kementerian akan terus menyokong inovasi pembangunan produkgetah yang berpotensi memacu pertumbuhan ekonomi negara selainkomited dalam memastikan agar industri getah terus kekal berdayasaing di peringkat pasaran global.
  • Filem Mat Kilau Bakal Jadi Biopik Terhebat Alaf Ini

    Filem Mat Kilau Bakal Jadi Biopik Terhebat Alaf Ini

    KUALA LUMPUR: Seperti pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, itulah yang akan disaksikan oleh penonton lewat buah tangan terbaharu pengarah berprolifik, Syamsul Yusof.

    Karya terbaharu yang diterbitkan oleh Studio Kembara ini membentangkan sejarah penting dalam filem biografi epik, Mat Kilau.

    Latar perjuangan Mat Kilau disifatkan amat berharga bukan sekadar untuk mencetak rekod di dunia hiburan, tetapi juga mahu berkongsi kehebatan dan jati diri pahlawan dalam menyelamatkan negara kepada generasi masa kini.

    Aktor Datuk Adi Putra diberi tanggungjawab menghidupkan darah pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau. Beliau kemudian dibantu dengan barisan pelakon yang bukan calang calang.

    Ini termasuklah Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang), Johan As’ari (Yassin) dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.

    Filem yang mengisah seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, bangkit menentang penjajahan British ini turut dikuatkan dengan barisan aktor dan aktres terbaik tanah air seperti Datuk Jalaluddin Hassan, (Hj. Muhammad), Datuk Rahim Razali, (Imam Bottoqh) Namron, (Hj. Sulong), Shaharuddin Thamby, (Datuk Bahaman) dan Ellie Suriaty, (Ibu Yassin).

    Menelan belanja RM8 juta, Mat Kilau menjalani penggambaran selama 100 hari dengan sebahagiannya dijalankan di Perak dan beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.

    “Sebagai penerbit kami berharap seluruh masyarakat Malaysia menonton filem ini dan terhibur. 

    “Filam arahan Syamsul Yusof ini akan membawa kita kembali ke zaman tersebut, merasai kepayahan, keberanian, pengorbanan dan jiwa kepahlawanan yang ada dalam memperjuangkan tanah air kita. Ini adalah sebuah sejarah yang sangat memberi inspirasi,” kata penerbitnya, Shahruddin Dali.

    Mat Kilau dibikin dalam suasana  tahun 1892 sewaktu pihak kolonial British telah menduduki tanah-tanah di Pahang. British mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dan mencampuri urusan adat dan agama orang-orang Melayu.

    Tidak membiarkan kebiadaban British di bumi Pahang berleluasa, Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya bangkit menentang British.

    Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit.

    Tontonlah filem aksi tanpa henti ini, yang menyaksikan pengorbanan, keberanian, dan kesatuan pahlawan-pahlawan Melayu untuk membebaskan tanahair tercinta.

    Poster rasmi filem Mat Kilau telah dipamerkan sejak 13 Mei 2022 di semua laman sosial. Manakala trailer rasmi akan dipertontonkan 16 Jun ini untuk khalayak. Filem hebat ini akan menemui penonton di 90 pawagam seluruh negara bermula 23 Jun depan.

    Instagram Rasmi Filem Mat Kilau: filem_matkilau

    Facebook rasmi Filem Mat Kilau: Filem Mat Kilau 

    Tik Tok Rasmi Mat Kilau: filem_matkilau

    Twitter Rasmi Mat Kilau: filem_matkilau

  • MSPO: Usaha Kerajaan Untuk Menjamin Kemampanan Masa Depan Industri Sawit Negara

    MSPO: Usaha Kerajaan Untuk Menjamin Kemampanan Masa Depan Industri Sawit Negara

    Malaysia telah melancarkan skim pensijilannya sendiri, iaitu Minyak SawitLestari Malaysia (MSPO), pada Januari 2015 didorong oleh faktor kos, sinisisme dankekecewaan terhadap propaganda berat sebelah sesetengah negara barat.Pensijilan ini dibangunkan menggunakan asas rundingan Meja Bulat MinyakSawit Lestari (RSPO) bagi memenuhi keperluan tempatan dengan input pasukanakademik antarabangsa dan pihak berkepentingan alam sekitar.MSPO ini bukanlah untuk bersaing dengan kaedah pensijilan lain dan ia lebihbertumpu kepada ekonomi Malaysia, alam sekitar dan hidupan liar. Tujuan MSPOadalah sebagai satu skim nasional untuk ladang kelapa sawit – sama ada milikkerajaan atau perseorangan – serta kebun kecil terancang dan kemudahanpemprosesan minyak sawit supaya ia mematuhi piawaiannya.Bermula sebagai satu penanda aras untuk pengeluaran minyak sawit yangbertanggungjawab, pensijilan MSPO merangkumi semua aspek pengeluaran minyaksawit – bermula dari peringkat huluan hingga hiliran. Ia mengambil kira keperluanuntuk pemuliharaan hutan, selaras dengan ikrar Malaysia pada Sidang KemuncakBumi Rio 1992 untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada tanah negaradi bawah litupan hutan.Piawaian MSPO akhirnya diwajibkan pada akhir 2019 dengan tiga garis masamandatori yang terdiri daripada (i) industri perladangan yang telah mempunyaipensijilan RSPO menjelang 31 Disember 2018; (ii) mereka yang tidak mempunyaipensijilan sebelum 30 Jun 2019; dan (iii) pekebun kecil menjelang 31 Disember 2019.Piawaian MSPO juga telah diselaraskan dengan pengurusan pengeluaranminyak sawit yang menggunakan undang-undang dan peraturan negara sedia ada.Dalam konteks kelestarian minyak sawit, jenis skim sama yang telah dilaksanakanialah RSPO dan Minyak Sawit Lestari Indonesia (ISPO).Secara ringkasnya, pensijilan MSPO menekankan pengurusan mampan danbertanggungjawab yang boleh memberi impak sosial, alam sekitar dan ekonomi yangpositif sambil meminimumkan kesan negatif, khususnya ke atas manusia dan alamsekitar.Manfaatnya boleh diringkaskan sebagai;• Penambahbaikan kepada piawaian pengurusan;• Mengalakkan pengurusan hutan lestari;•Peningkatan biodiversiti;•Peningkatan sosial;•Peningkatan kecekapan yang memberi faedah ekonomi;• Pematuhan kepada dasar kesihatan dan keselamatan;•Pematuhan kepada keperluan undang-undang dan kontraktor; dan•Akses kepada pasaran sedia ada dan baharu.Badan pentadbir bagi sistem pensijilan ini adalah Lembaga Minyak SawitMalaysia (MPOB). Badan pensijilan bebas yang berdaftar dengan MPOB dibenarkanmenilai organisasi berdasarkan piawaian MSPO yang berkaitan dan memastikansemua premis yang mengambil bahagian mematuhi piawaiannya. Sijil akandikeluarkan oleh badan pensijilan bebas ini selepas menjalankan audit dan mendapatkelulusan daripada MPOB.Menurut MPOB, setakat 30 Jun 2020, 3,040 ladang atau 96.04% yang terdiridaripada 4,064,895 hektar tanah tanaman, telah memperolehi sijil MSPO manakalasebanyak 400 kilang minyak atau 88.5% telah berjaya mendapatkan sijil MSPO.Berdasarkan pelaksanaan mandatori pensijilan MSPO yang telah bermula pada 1Januari 2020, pemilik ladang kelapa sawit dan kilang yang belum memulakan prosespensijilan akan dikenakan tindakan undang-undang mulai 1 Julai 2020. Tindakanpenguatkuasaan MPOB termasuk mengeluarkan amaran, tindakan undang-undangdan akhirnya, penggantungan atau pembatalan lesen sepatutnya dikuatkuasakanmulai 1 Januari 2021.Malangnya, walaupun terdapat sedikit peningkatan dalam kesedaran olehKesatuan Eropah (EU) tentang minyak sawit mampan dan MSPO, propaganda antisawit masih tetap dimainkan oleh beberapa negara barat. Kebolehpercayaanstandard MSPO ini sering dipandang dingin dek kerana sikap pilih kasih blok ekonomiitu terhadap pensijilan (RSPO).RSPO yang dibangunkan oleh satu pasukan antarabangsa yang merangkumipengeluar minyak sawit, peniaga, pelabur dan organisasi bukan berasaskankeuntungan pada tahun 2004 – lebih sedekad sebelum MSPO. RSPO mempunyaipelbagai kumpulan bukan berasaskan keuntungan dan pemegang kepentingan yangmenyatukan tujuh sektor industri minyak sawit dalam satu dialog tetap.Ini termasuk pelabur, penanam, peruncit dan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) dan ia menggunakan sistem pengundian secara konsensus untukmembangunkan standard dan kriteria secara berterusan. Setakat ini, 20% daripadaminyak sawit dunia mempunyai pensijilan RSPO. Sebagai perintis pensijilan, RSPOdipuji kerana menggalakkan pertumbuhan dan penggunaan minyak sawit yangmampan. Tidak boleh dinafikan bahawa apabila penanaman dilakukan denganbertanggungjawab, penghasilan minyak sawit adalah sangat efisien denganpenggunaan tanah yang optimum.Dibandingkan dengan tanaman utama lain seperti bunga matahari, kacangsoya dan kanola, kelapa sawit menggunakan tanah yang paling sedikit tetapimenghasilkan minyak yang paling banyak. Satu ekar kelapa sawit bolehmenghasilkan 11 kali lebih banyak minyak berbanding dengan kacang soya dan 10kali lebih banyak daripada bunga matahari.Sejak kebelakangan ini, RSPO juga telah dikritik, terutamanya oleh pertubuhanalam sekitar yang bukan berasaskan keuntungan. Mereka berpendapat bahawapiawaiannya gagal memberikan perlindungan yang mencukupi untuk hutan asli, buruhyang diggunakan dalam ladang kelapa sawit atau dalam menangani perlindunganiklim. Penyelidikan Greenpeace juga telah menggambarkan RSPO sebagai satuusaha ‘greenwashing’ atau penyebaran maklumat tidak tepat mengenai manfaat alamsekitar.Baru-baru ini, organisasi antarabangsa ini juga mendedahkan kemusnahanhutan hujan secara besar-besaran di Indonesia, yang didakwa disebabkan olehsyarikat yang diperakui RSPO.Beberapa syarikat yang mengguna pakai RSPO juga telah menyokonglarangan minyak sawit oleh EU, dengan alasan ia boleh memperlahankanpenebangan hutan. Ini telah menyebabkan ramai pencinta alam sekitar meraguisekiranya pensijilan ini telah melencong daripada misi asalnya, iaitu untuk menggunapakai amalan pengeluaran minyak sawit yang mampan.Semasa kemuncak pandemik COVID-19 pada tahun 2020, beberapa syarikatRSPO juga dikatakan telah melanggar hak asasi manusia.Dalam laporannya “Burning Questions: – Credibility of Sustainable Palm OilStill illusive”, NGO antarabangsa Agensi Penyiasatan Alam Sekitar UK dan rakankongsinya di Malaysia – Grassroots – mengakui bahawa walaupun tahun 2020menyaksikan Jawatankuasa Tetap Jaminan RSPO (ASC) mencuba meningkatkanjaminannya, ia masih belum dapat menyelesaikan tugas utamanya untuk menanganikebimbangan mengenai pengeluaran minyak sawit di bawah RSPO.”Sistem jaminan RSPO sepatutnya mengawasi proses pengesahan bahawaminyak sawit telah dihasilkan secara mampan tetapi masih terdapat kebimbangan,”kata jurukempen EIA Forests Siobhan Pearce.“Lencana kelulusan RSPO membolehkan “greenwashing”, satu taktik supayapengguna mempercayai bahawa produk adalah mampan dan baik untuk alam sekitarwalaupun sebenarnya ia tidak benar.”“Walaupun pelbagai tindakan diambil dalam tempoh lima tahun yang lalu, tidakbanyak yang boleh memberi keyakinan bahawa RSPO akan menyelesaikan masalahmasalah ini. ASC dan RSPO mesti bertindak lebih pantas dalam mencari puncamasalah dan melaksanakan perubahan yang benar-benar akan menanganinya.”Pengasas Grassroots, Andrew Ng, menambah: “Konflik baru dan sedia adaberkaitan hak asasi manusia dan hutan dengan pemegang sijil RSPO menunjukkanbahawa walaupun dengan usaha ASC, tuntutan untuk minyak sawit mampan masihtidak dipenuhi.”Hampir 5,000 ahli RSPO ialah beberapa syarikat multinasional terbesar didunia seperti Unilever, Procter & Gamble, Kellogg’s dan Johnson & Johnson.Menurut Agensi Penyiasatan Alam Sekitar UK, jelas bahawa terdapat ruanguntuk penambahbaikan dalam skim pensijilan seperti RSPO yang berusaha untukmenyemai keyakinan dalam pendirian mereka.Perkara ini dapat dilihat lebih jelas dengan kedua-dua UK dan EU bersediauntuk memperkenalkan undang-undang baharu untuk menangani perkara yangharam serta isu hak tanah dan penebangan hutan dalam rantaian bekalan.Laporan yang diguna oleh Parlimen EU juga menekankan bahawa skimpensijilan hanya boleh digunakan di samping usaha lain yang wajar dilakukan olehsyarikat kerana terdapat kebimbangan bahawa skim pensijilan sahaja tidak berkesan.4 JUN 2022