Author: Nurzulaikha

  • KPPK kekal komited melaksanakan dasar Biofuel Nasional (NBP)Malaysia

    KPPK kekal komited melaksanakan dasar Biofuel Nasional (NBP)Malaysia

    Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) memberi jaminanakan memperhalusi cadangan yang diutarakan oleh Persatuan BiodieselMalaysia (MBA), mengenai mandat biodiesel yang sedia ada.

    Kementerian juga mengambil maklum mengenai penjelasan mengapaMalaysia tidak seharusnya mengurang atau menghentikan mandatbiodieselnya kerana industri biodiesel menggunakan tidak sampai 1 juta tan minyak sawit setiap tahun berbanding lebih 40 juta tan yang digunakan diseluruh dunia.

    MBA juga telah menyuarakan pandangan bahawa jika bahanapi bio yang diperoleh daripada minyak sayuran diharamkan, ia akanmembawa impak besar ke atas pasaran minyak sayuran global.

    Kebimbangan ini disuarakan ekoran pandangan Lembaga Minyak SawitMalaysia (MPOB) sehari sebelumnya –25 April– bahawa kedua-dua negarapengeksport dan pengimport minyak sawit harus “mempertimbangkan semulakeutamaan makanan berbanding bahan api untuk sementara waktu”. Perludingatkan bahawa suatu ketika dahulu, jiran Malaysia, dan pengeksport minyaksawit terbesar dunia, Indonesia, hampir melarang eksport olein sawit yangditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD).

    Ini mendorong komen Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad ParveezGhulam Kadir -seorang pakar minyak sawit- untuk mengetengahkanpandangan beliau yang berlatarbelakangkan masalah bekalan minyak makanglobal yang tersekat di tengah-tengah keadaan cuaca buruk dan konflik RusiaUkraine. Gangguan daripada ketegangan geopolitik telah memburukkan lagi kenaikanharga dalam komoditi makanan yang telah berlarutan. Indeks PertubuhanMakanan dan Pertanian (FAO) mencapai tahap tertinggi dalam sedekad danini memberi ancaman bukan sahaja kepada masalah kekurangan zat makananglobal tetapi juga melonjakkan inflasi merentasi ekonomi maju, membangundan kurang maju.

    Indonesia telah mengisytiharkan larangan eksport minyak masak dan bahanmentahnya pada 28 April (yang berkuatkuasa sehingga 23 Mei) dalam usahamemastikan bekalan minyak masak mencukupi dan pada harga berpatutan,untuk rakyatnya. Namun, keadaan kini telah kembali normal dan kita perlu bersikap rasional.KPPK ingin sekali lagi menegaskan bahawa tidak akan ada perubahan dasardi dalam mandat sediada berkenaan biodiesel negara.

    KPPK juga ingin mengambil kesempatan untuk mengulangi ketetapan dibawah Dasar Biofuel Nasional (NBP) Malaysia yang telah dilancarkan padaMac 2006. Kementerian kekal komited untuk: Mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau (GHG) sebanyak 45%daripada KDNK menjelang 2030. Memperluaskan penggunaan produk minyak sawit hiliran bagimeningkatkan pendapatan pekebun kecil kelapa sawit melaluimekanisme kawalan harga pasaran minyak sawit Membantu mengurangkan pergantungan negara kepada bahan api fosilsebagai salah satu inisiatif keselamatan tenaga.

    Sekali lagi KPPK mengucapkan terima kasih kepada MBA atas maklum balasmereka mengenai peranan dasar biofuel ke arah pemuliharaan alam semulajadi untuk generasi muda Malaysia. Pada dasarnya, KPPK mengalu-alukan semua kritikan atau pandanganmembina yang membolehkan kedua-dua belah pihak – pihak kerajaan danpemain industri – mencapai penyelesaian menang-menang.

    YB DATUK HAJAH ZURAIDA KAMARUDDINMENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

  • Rumah mangsa musnah 100 peratus

    Rumah mangsa musnah 100 peratus

    HULU SELANGOR: Kejadian kebakaran yang berlaku di Jalan Dahlia 4 berhampiran Pangsapuri Seri Cempaka Serendah telah memusnahkan hampir seratus peratus rumah terbabit pada pukul 11:00 malam tadi.

    Namun, kesemua mangsa telah menyelamatkan diri sebelum kebakaran berlaku yang memusnahkan kediaman mereka.

    Turut berada di lokasi selepas kejadian, Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Hulu Selangor, Dr. Sathia Prakash Nadarajan bersama Pegawai Bomba Cawangan Kuala Kubu Bharu dalam misi menyelamatkan keadaan kebakaran.

    Difahamkan, mangsa dan penduduk setempat telah cuba untuk memadamkan api, namun gagal.

    Api akhirnya berjaya dipadamkan sepenuhnya dengan khidmat bomba.

    Dr. Sathia menyatakan perasaan simpati terhadap nasib keluarga mangsa dan sedia untuk membantu dari segi keperluan mangsa.

    Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan. – UTV Media Msia

  • Dr. Sathia bawa hasrat kebangkitan semula di Hulu Selangor

    Dr. Sathia bawa hasrat kebangkitan semula di Hulu Selangor

    SERENDAH: Pengasas SP Care Group, Dr. Sathia Prakash Nadarajan menang bergaya dengan jumlah undian sebanyak 1,903 seterusnya layak untuk menyandang jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Hulu Selangor.

    Dr. Sathia Prakash Nadarajan

    Dengan Hashtag beliau #BangkitHuluSelangor, adalah satu slogan semangat untuk menunaikan segala hasrat dan perancangan demi merangsang kebangkitan baharu buat seluruh rakyat Hulu Selangor.

    Dr. Sathia sudah mula menjalankan tugas kerana ingin membuktikan kepada warga Hulu Selangor dan Ahli PKR bahawa beliau adalah pemimpin yang selayaknya menjalankan tugas dan amanah sebagai Ketua Cabang dalam tempoh tiga tahun akan datang.

    Hampir kesemua barisan kepimpinan beliau juga menang dalam pemilihan PKR 2022-2025 Cabang Hulu Selangor kali ini.

    Pemilihan kali ini sangat sengit kerana Dr Sathia bertanding bersama June Leow yang sudah menjadi Ketua Cabang selama dua penggal sebelum ini.

    Hasil semua keputusan yang dikeluarkan oleh pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berdasarkan laman web www.pemilihankeadilan2022.com – UTV Media Msia

  • MEEDC sasar pembukaan 222 pusat khidmat usahawan dan Grocer99 mart.com seluruh negara

    MEEDC sasar pembukaan 222 pusat khidmat usahawan dan Grocer99 mart.com seluruh negara

    SHAH ALAM, 29 Mei 2022 – Pertubuhan Pusat Data Usahawan dan Ekosistem Malaysia (MEEDC) menyasarkan pembukaan 222 pusat khidmat usahawan di setiap wilayah parlimen di seluruh negara termasuk pembinaan kedai serbaneka Grocer99 mart.com.

    Fokus utama penubuhan Grocer99 mart adalah sebagai hub pengumpulan produk makanan frozen halal bumiputera islam serta membuka peluang baru kepada usahawan menaik taraf perniagaan  dengan meluaskan lagi pasaran produk.

    Presiden MEEDC, Tengku Adena Tengku Abdullah

    Presiden MEEDC, Tengku Adena Tengku Abdullah berkata, penubuhan Grocer99 mart adalah bukti bahawa ramai usahawan tempatan yang mampu menghasilkan produk yang setanding dengan jenama berkualiti yang lain.

    “Dalam masa yang sama, usahawan tempatan dapat mengembangkan produk makanan berasaskan pertanian dan perikanan kepada pengeluaran produk halal supaya dapat meneroka pasaran tempatan dan antarabangsa.

    Penasihat Eksekutif MEEDC, Datuk Seri Ahmad Khusairi Bani Hashim Al-Haj

    “Konsep dan idea penubuhan projek ini diilhamkan oleh Penasihat Eksekutif MEEDC, Datuk Seri Ahmad Khusairi Bani Hashim Al-Haj, dengan penubuhan cawangan yang pertama di Seksyen 22, Shah Alam. Melalui program ini, usahawan yang terlibat akan dibimbing sehingga mereka mampu membina legasi perniagaan yang boleh diwarisi.

    Jelasnya, MEEDC juga ditubuhkan sebagai pusat pemantauan, perancangan, pembangunan perniagaan dan keusahawanan nasional ke peringkat antarabangsa.

    “Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Islam dibawah projek Grocer99 Mart.com bakal membuka peluang kepada lebih banyak IKS untuk terus maju kehadapan membina idea dan perniagaan yang lebih berdaya saing.

    “Dengan menggunakan slogan ‘Halal Itu Wajib, membuktikan kesungguhan MEEDC dalam program Grocer99 Mart.com dalam membawa jenama ke peringkat yang lebih tinggi di Bursa Malaysia@IPO. Turut hadir, Y.A.M Tengku Puteri Dato’ Sri Hjh Zahariah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj merupakan penaung Kehormat Diraja MEEDC Malaysia merasmikan pembukaan Grocer99 Mart dengan jayanya. – UTV Media Msia

  • Kerajaan Negeri Selangor anjur pertandingan seni bela diri gabungan seni silat, taekwon-Do & Silambam pertama kali di Malaysia

    Kerajaan Negeri Selangor anjur pertandingan seni bela diri gabungan seni silat, taekwon-Do & Silambam pertama kali di Malaysia

    SHAH ALAM, 29 Mei 2022 – Hari yang bersejarah di Negeri Selangor pada hari ini kerana julung kalinya menganjurkan Selangor Martial Art Xtiv Championship 2022 gabungan seni pertahankan diri tiga bangsa utama di Malaysia iaitu, seni silat, taekwon-Do dan silambam.

    Program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada warga Selangor serta dihadiri oleh gabungan pelbagai persatuan seperti Persatuan Gerak Penchak Gayarasa, Persekutuan Taekwon-Do Malaysia dan Persatuan Silambam Malaysia yang mengimpunkan penyertaan sebanyak 1,500 orang.

    YB Tuan Mohd Khairuddin bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Selangor berkata, “Kerajaan Negeri komited untuk memupuk minat dan menggalakkan penglibatan belia secara aktif untuk mengangkat dan memartabatkan seni bela diri.

    “Program ini mampu menjadi platform yang terbaik untuk mempamerkan seni bela diri serta mengasah bakat-bakat baru dalam kalangan peserta.

    “Platform ini juga menjadi medan untuk Kerajaan Negeri mendekati persatuan-persatuan dan pertubuhan-pertubuhan seni bela diri yang mempunyai pelbagai aliran serta tidak ketinggalan dalam aspek pembangunan sukan dalam seni bela diri. Ada yang datang jauh dari negeri Melaka dan Johor, demi perpaduan kekuatan seni pertahanan diri.

    “Program ini menghimpunkan individu dan persatuan yang terdiri daripada pengamal, pengajar, dan pelajar seni mempertahankan diri yang terdiri daripada seni silat, taekwon-Do dan silambam.

    Naib Presiden, Malaysia Global Taekwon-Do Federation (MGTF), Dato’ Clement Toh berkata, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana diberika jemputan oleh Kerajaan Selangor.

    Disamping itu, program ini juga memberikan peluang baik untuk mengaktifkan semula sukan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana Covid-19s serta mengeratkan perpaduan dalam kalangan bangsa di Malaysia

    Presiden Persatuan Silambam Malaysia, A.N.Visva PPN berkata, pihak kami merakam ribuan terima kasih kepada Kerajaan Selangor dalam menganjurkan yang pertama kali di Malaysia.

    “Selalunya program seni bela (Seni silat, Taekwon-Do & Silambam) dibuat secara asing, namun ini pertama kali saya lihat penganjuran gabungan ketiga-tiga seni bela diri yang diuruskan oleh Kerajaan Selangor.

    Program Selangor Martial Art Xtiv Championship 2022 ini telah berlangsung pada hari Sabtu, 29 Mei 2022, bermula dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang ini juga menyelitkan pelbagai aktiviti menarik seperti Silat Seni Tempur dan Tari Sembah, Taekwon-Do Sparring Championship, Silambam Combat & Free Style, Demo Pertunjukan Seni Bela Diri, Senamrobik Bersam Zafina Fitness, persembahan band jemputan dan cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk pengunjung yang hadir. -UTV Media Msia

  • Mandat kepada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah untuk meneruskan peranannya sebagai Presiden ANGKASA dan Dr. Mohd Azlan Yahya sebagai Anggota Lembaga ANGKASA.

    Mandat kepada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah untuk meneruskan peranannya sebagai Presiden ANGKASA dan Dr. Mohd Azlan Yahya sebagai Anggota Lembaga ANGKASA.

    Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-36 (MAPA 2022) yang berlangsung hari ini (28 Mei 2022) telah memberi mandat kepada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah untuk meneruskan peranannya sebagai Presiden ANGKASA dan Dr. Mohd Azlan Yahya sebagai Anggota Lembaga ANGKASA.

    Datuk Seri Dr. Abdul Fattah yang juga Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) dan Naib Presiden International Co-operative Alliance – Asia and Pacific (ICA-AP) bertanding mewakili Koperasi Kariah Masjid Kampung Lubuk Kulit Lipis Berhad, Pahang III (Barat) manakala Dr. Mohd Azlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Institusi Pendidikan ICA-AP (ICEI) dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengguna ICA-AP mewakili Gabungan Koperasi Siswa Malaysia Berhad, Kedah.

    Pemilihan tersebut dibuat menerusi penganjuran MAPA 2022 secara maya menerusi aplikasi Zoom Tele-Conferencing dan secara hibrid bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya.

    MAPA 2022 sekali lagi mencatat sejarah tersendiri apabila buat kali kedua penganjurannya dijalankan dengan penyertaan seramai 1,651 perwakilan berdaftar daripada 1,449 buah koperasi Ahli ANGKASA dari seluruh negara. Mesyuarat turut disertai Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyeliaan Tadbir Urus SKM, Encik Cik Soh @ Mohd Shaharudin Ismail.

    Terdahulu, dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, beliau menyatakan, ANGKASA akan terus memperkasakan peranannya di peringkat global melalui usaha memperkukuhkan model Koperasi Sekolah dan Koperasi Kariah Masjid (KKM) di negara ASEAN.

    Ujarnya, inisiatif pemerkasaan kedua-dua model ini adalah bertujuan untuk meluaskan jaringan perniagaan dua hala antara negara, di samping memperkenalkan kejayaan konsep Koperasi Sekolah dan KKM di mata dunia selaras dengan hasrat ANGKASA yang mahu mengambil peluang meneroka pasaran ASEAN dengan mengenengahkan produk dan perkhidmatan ini, memandangkan pasaran pemasarannya yang cukup meluas.

    “Sebagai contoh, trend global membabitkan ekonomi halal menerusi penggunaan perkhidmatan dan barangan halal dijangka mencecah AS$2.4 trilion menjelang 2024 dan ini adalah peluang terbaik untuk mempromosikan KKM di negara luar.

    “Selain itu, dengan jumlah penduduk negara ASEAN yang mencecah 661.8 juta penduduk dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ASEAN sebanyak USD 3 trilion membuktikan peluang pemasaran yang cukup besar sekiranya dimanfaatkan oleh gerakan koperasi negara ini,” katanya.

    Tambah Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, ANGKASA juga mengambil peranan bersama-sama Kerajaan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat dengan meneroka bidang berasaskan bekalan makanan menerusi permintaan bekalan ayam melalui penglibatan koperasi sebagai pembekal jagung bijian.

    “Pengurangan kebergantungan kepada import jagung bijian ini dilihat dapat membantu pembekal dan juga pihak Kerajaan mengurangkan harga dedak ayam sekali gus menjadi penyelesaian kepada kenaikan harga ayam pada masa kini,” katanya.

    MAPA 2022 yang dipengerusikan oleh Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA), Haji Mohamad Noor Mohamad dan dibantu oleh Timbalan Pengerusinya, Datuk Haji Haron Haji Abdullah seterusnya dimulakan dengan Mengesahkan Minit MAPA Ke-35 pada 13 November 2021.

    Sebanyak 12 agenda MAPA 2022 dibentangkan pada mesyuarat kali ini termasuk menimbang Laporan Lembaga ANGKASA dan Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman Dari 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021; menimbang dan meluluskan Penyata Kewangan ANGKASA, Penyata Kewangan Subsidiari dan Penyata Kewangan Yayasan ANGKASA bagi Tahun Berkhir 31 Disember 2021 Beserta Laporan Juruaudit Luar.

    Mesyuarat turut menimbang dan meluluskan Anggaran Belanjawan ANGKASA, Anggaran Modal Aset dan Anggaran Elaun Anggota Lembaga dan JAD ANGKASA Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024; menimbang dan meluluskan Anggaran Cadangan Elaun Kepada Anggota Lembaga yang Dilantik Sebagai Pengarah Subsidiari dan Yayasan ANGKASA 2024; menimbang dan meluluskan Rancangan Perniagaan ANGKASA serta mendengar dan memutuskan usul daripada Lembaga ANGKASA dan usul negeri yang diterima serta menimbang dan meluluskan Cadangan Pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) ANGKASA.

    Mesyuarat pada tahun ini berjalan dengan lancar dengan penyertaan seramai 29 Jurucakap Negeri mengambil bahagian membentangkan usul negeri masing-masing mengikut tertib dan etika yang ditetapkan.

    MAPA 2022 turut menyaksikan pengundian secara digital bagi melantik seorang Presiden, seorang Anggota Lembaga; memilih enam orang daripada Perwakilan Negeri dan empat orang daripada Lembaga ANGKASA sebagai Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Perwakilan dan mengesahkan Pelantikan Lembaga mewakili Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Wakil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

    Proses pengundian berjalan dengan lancar bermula kira-kira pada jam 11.48 pagi. Audit Luar Firma Salihin diberi tanggungjawab dalam proses pengundian dan dibantu barisan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA bagi memastikan ketelusan keputusan pengundian sepanjang MAPA 2022 berlangsung.

    Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Anggota Lembaga ANGKASA terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Dr. Hajah Salmah Ishak [Wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)] dan Puan Suzana Alias [Wakil Kementerian Kewangan (MoF)]; barisan Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JTK); barisan Anggota JAD ANGKASA yang diketuai Pengerusinya, Haji Zaharuddin Alias; barisan Jurucakap Negeri; barisan Penasihat Korporat ANGKASA dan barisan pengurusan tertinggi ANGKASA diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

    Keputusan Pemilihan Enam (6) Perwakilan Negeri Sebagai Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit MAPA:

    ENAM (6) PERWAKILAN NEGERI:

    • Puan Norizah Haji Abdullah
    • Haji Asruddin Haji Abas
    • Prof. Dr. Razali Hassan
    • Encik Abdul Kadir Jailani Ismail
    • Haji Alimen Ahmad
    • Encik Ahmad Masri Abdul Rasid
  • Program pembangunan usahawan coklat buatan tangan perkasa komuniti hasilkan produk berkualiti tinggi dan setanding pasaran dunia

    Program pembangunan usahawan coklat buatan tangan perkasa komuniti hasilkan produk berkualiti tinggi dan setanding pasaran dunia

    Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Willie Anak Mongin pada hari ini telah menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan di Kompleks SARA Cocoa Cluster, Kota Samarahan, Kuching, Sarawak. Kursus ini telah disertai oleh 20 peserta dari kawasan Puncak Borneo.

    Salah satu inisiatif pemerkasaan komuniti yang diketengahkan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM) selaku penganjur kursus dan peneraju utama sektor agrikomoditi koko negara ialah Program Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan. Objektif utama program ini adalah untuk membangunkan usahawan coklat tempatan yang mampu menghasilkan produk yang berkualiti dan berdaya saing, setanding dengan jenama dan produk coklat lain di peringkat serantau dan global. Program yang berbentuk kursus latihankemahiran pembuatan coklat turut menyediakan insentif pembelian peralatan dan mesin serta khidmat nasihat pembangunan perniagaan dan pemasaran produk sebagai rangsangan kepada bakal usahawan yang berminat berkecimpung dalam industri ini.

    Program ini juga adalah salah satu strategi khas di bawah Projek Pembangunan Usahawan Coklat dan Program Promosi Koko di dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Faktor pendidikan dan latihan, sokongan sosial, pemerkasaan peranan keusahawan dan pendedahan mengenai potensi industri hiliran koko yang ditekankan di bawah program ini adalah aspek penting yang akan mempengaruhi tahap kejayaan usahawan berasaskan koko untuk memperoleh pendapatan lumayan. Kompleks Kluster Koko Sarawak yang dijenamakan sebagai Kompleks SARA Cocoa Cluster telah dibina untuk merealisasikan konsep rantaian pemprosesan biji koko sehingga ke peringkat penghasilan produk berasaskan coklat yang dikenali sebagai “farm to table”. Konsep ini merupakan inisiatif yang diperkenalkan menerusi Program Pembangunan Kluster Koko Sarawak.

    Kompleks ini berupaya untuk menyediakan kemudahan pemprosesan biji koko kering tempatan bagi negeri Sarawak dengan kapasiti memproses biji koko sebanyak 50 tan setahun. Kompleks ini juga telah dinaik taraf menjadi salah satu pusat tarikan pelancong yang berkonsepkan agrotourism. Ia adalah platform terbaik untuk LKM mempamerkan aktiviti industri huluan dan hiliran bermula dari proses penyemaian anak benih sehingga penghasilan coklat.6. Dukungan dan keprihatinan pihak LKM terhadap kebajikan para usahawan koko di negeri Sarawak terus diperkukuhkan menerusi penubuhan Koperasi Kluster Koko Sarawak Berhad pada 14 November 2019. Keahlian koperasi ini disasarkan kepada para pekebun koko, usahawan dan kakitangan LKM. Kewujudan koperasi ini memberi penekanan kepada peningkatan kesejahteraan dan penjanaan pendapatan ahli koperasi selain memberi peluang kepada para usahawan coklat untuk mendapatkan bahan mentah seperti coklat blok pada harga ahli yang lebih murah daripada harga pasaran. YB Datuk Willie menyeru kepada golongan yang berkaitan untuk berdaftar segera sebagai ahli koperasi bagi menikmati pelbagai manfaat dan faedah yang ditawarkan.

    KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

    27 Mei 2022

  • Pertandingan Siri Kanak-Kanak “Asia’s Kids Star”, pentas impian tonjol bakat!

    Pertandingan Siri Kanak-Kanak “Asia’s Kids Star”, pentas impian tonjol bakat!

    KUALA LUMPUR, 24 Mei 2022 – Sekumpulan kanak-kanak terpilih dari Malaysia dan China yang mengambil bahagian dalam siri pertandingan “Asia’s Kids Star” dengan lagu tema ‘Light Chaser’.

    Lukas atau nama sebenar Tay Kai Chung merupakan seorang model yang mencipta nama di Hong Kong dan Taiwan berkelahiran Malaysia, akan menyertai NQCC sebagai jurulatih model ekslusif bagi jenama kanak-kanak antarabangsa serta mempromosikan secara aktif dalam pembangunan pendidikan kanak-kanak dalam Asia’s Kids Star.

    “Saya mendapati bahawa postur badan di kalangan remaja di Malaysia yang lemah akan menjejaskan perkembangan dan pertumbuhan tulang mereka, oleh kerana itu, saya akan menggunakan pengetahuan profesional saya dalam industri hiburan untuk mengesan dan membetulkan postur badan kanak-kanak secepat mungkin serta memupuk masyarakat sihat di Malaysia.

    Siri Acara “Asia’s Kids Star” iaitu Awakening of Dance Souls” Pertandingan Tarian Kanak-Kanak Antarabangsa, “Comprehensive Talent Contest” (Pertandingan Seni Kanak-Kanak Antarabangsa, ketiga-tiga acara ini masih berlangsung dan telah mendapat sambutan yang baik.

    Peringkat ujibakat dan pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian, peserta hanya perlu memuat naik video penyertaan mereka.

    Acara ini juga turut menarik minat kanak-kanak dari Singapura, Sweden, New Zealand, Amerika Syarikat, Korea Selatan, dan Jepun.

    Asia’s Kids Star memaparkan kepelbagaian budaya, bahasa, bangsa dan warna kulit dalam misi yang sama mencapai serta mengejar impian mereka.

    Selain itu, dalam mencapai keyakinan dalam diri mereka, Asia’s Kids Star turut mengadakan acara seperti “The Birth of Chils Supermodel” dan “China-Malaysia International Little Reporters” akan dilancarkan pada separuh kedua September 2022.

    Encik Mazlan Goh bin Ahmad Goh, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Antarabangsa “Asia’s Kids Star”, berdedikasi untuk mempromosikan dan menggalakkan interaksi budaya kanak-kanak di negara Asia dari segi kepelbagaian.

    “Kanak-kanak merupakan tonggak masa depan negara yang boleh mempromosikan seni dan budaya asli ke Asia malah dunia, agar integrasi dan pengembangan pelancongan, ekonomi, fesyen, budaya Malaysia dapat digalakkan untuk meningkatkan buaya kebangsaan Malaysia.

    “Pada masa yang sama, ia dapat membawa kegembiraan, impian, kejutan dan pengalaman kepada kanak-kanak, malah boleh memberikan perubahan dalam hidup mereka,” katanya. – UTV Media Msia

  • Kuala Lumpur Travel Mart 2022 kembali lagi kali ke 4 bermula .

    Kuala Lumpur Travel Mart 2022 kembali lagi kali ke 4 bermula .

    Kuala Lumpur,22 MEI 2022 – Kuala Lumpur akan digegarkan dengan acara “Business to Business” di bidang Pelancongan yang terbesar di Malaysia

    Melibatkan 130 seller dari 36 negara termasuk 45 hotels dan produk2 pelancongan dari seluruh Malaysia untuk menjamin pelancongan domestik dan Inbound Malaysia tidak diketepikan.

    Pengunjung akan berpeluang melihat sendiri 450 Travel agent dari seluruh perusok Malaysia termasuk dari beberapa negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei, Philipines, Vietnam dan Australia berjumlah 92 orang untuk menjadi acara ini acara terbesar di Malaysia.

    Acara ini adalah tertutup kepada pengiat pelancongan berlesen dibawah #motac sahaja..

    Matlamat kali menjadikan Kuala Lumpur dan Malaysia sebagai HUB acara Pelancongan di Asean… Insya Allah.. Kami akan berusaha.. Perjalanan masih panjang… Tetapi demi Malaysia dan pengiat2 industri pelancongan… pihak pengurusan akan terus berusaha untuk menjadikan acara ini didalam kalendar pelancongan Asean..

    wsftravel

    kualalumpurtravelmart

    MTC

    inboundmalaysia

  • Portal UTV Media Malaysia semakin berkembang dengan penyajian program menarik dan terkini.

    Portal UTV Media Malaysia semakin berkembang dengan penyajian program menarik dan terkini.

    Tesser Program menarik dari UTV

    Portal UTVMedia akan menyajikan beberapa slot program baharu yang telah dirancang dan pastinya ia memenuhi kehendak pelbagai lapisan masyarakat menerusi platform medianya.

    Menggunakan tagline ”Inspirasi Malaysia”, beberapa perubahan dilakukan bagi mengukuhkan lagi kandungan program yang pastinya menceriakan hari anda. Semoga hari anda lebih ceria lagi.