Pegawai Khas Ahli Parlimen cubaan sogokan wang demi raih undi calon bertanding
HULU SELANGOR, 17 Mei 2022 – Seorang ahli PKR, M Soundrarajan membuat satu laporan polis berkenaan tentang sogokan wang diterima untuk meraih undi dalam perlantikan baru barisan kepimpinan pemilihan 2022, Parti Keadilan Rakyat (PKR), baru-baru ini.
Menurutnya, seorang setiausaha kepada seorang Ahli Parlimen telah menawarkan sogokan sebanyak RM50 kepada seorag ahli yang mengundi Ahli Parlimen tersebut sebagai Ketua Cabang PKR.
Sogokan tersebut berlaku di kedai guntingnya di Batang Kali petang semalam.
“Di bawah saya ada 110 orang ahli PKR yang turut diberikan sogokan untuk memilih Ahli Parlimen berkenaan, malah saya juga ditawarkan sebanyak RM1,000 jika dapat mempengaruhi ahli PKR yang lain.
“Saya merasakan perbuatan ini tidak patut kerana apabila ingin sesuatu dari kami (rakyat), baru muncul datang kepada kami, sebelum ini jika kami inginkan bantuan, tidak dilayan sama sekali.
“Namun saya menolak perlawaan tersebut dan bercadang untuk membuat laporan ke SPRM,” katanya. – UTV Media Msia