Banjir Johor: 6 PPS dibuka

  • September 25, 2022
  • 1 min read
Banjir Johor: 6 PPS dibuka

JOHOR BAHRU: Sebanyak enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menempatkan kira-kira 200 mangsa banjir di buka di Johor ekoran banjir kilat yang melanda sejak awal pagi tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, PPS dibuka masing-masing dua di Johor Bahru, Pontian dan Batu Pahat.

“Lokasi yang dinaiki air di Batu Pahat ialah Kampung Seri Bengkal dan Kampung Bintang Peserai.

“PPS di Pontian yang dibuka ialah SA Kayu Ara Pasong menempatkan 54 mangsa daripada 15 keluarga. Manakala Pusat Kokurikulum Sungai Tempayan menempatkan tiga mangsa dari satu keluarga.

“Di Johor Bahru pula, dua PPS yang dibuka ialah Dewan Raya Gelang Patah menempatkan 17 mangsa dari lima keluarga, dan SK Nong Chik menempatkan 4 mangsa dari dua keluarga,” menurut jawatankuasa itu dalam kenyataan hari ini.

Menurut makluman JPBD lagi, kawasan yang masih dinaiki air setakat jam 3 petang tadi di Pontian ialah Kampung Parit Sapran, Kampung Parit Hj Omar, Jalan Mohsin, Kayu Ara Pasong, Kampung Parit Hj Siraj, Parit Lapis, Kayu Ara Pasong dan Kampung Parit Abdul Rahman.

Manakala, lokasi yang dinaiki air di Johor Bahru ialah Kampung Mohd Amin, Taman Dato Syed Mohd Idrus dan Kampung Baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *