Bank Muamalat serah ‘mock cheque’ bernilai RM20,000 kepada Yayasan Wilayah Persekutuan dalam memperkasa program makanan percuma sekolah
KUALA LUMPUR: Bank Muammalat menyerahkan sumbangan berjumlah RM20, 000 bagi membantu program makanan percuma di Kuala Lumpur.
Program ini tertumpu di daerah Wilayah Persekutuan menyasar pelajar dari keluarga miskin B40 dan asnaf.
Dari pihak bank berharap agar program ini berterusan dilaksanakan untuk disalurkan ke sekolah-sekolah yang memerlukan program makanan ini.
Sejak dilaksanakan pada tahun 2018, program bantuan pemakanan berkenaan telah membantu 12,000 pelajar kurang berkemampuan sehingga 2023 tahun lalu,” ujar Pengarah Eksekutif YWP,Hj Abdul Rahman Siraj pada majlis penyerahan mock cek bernilai RM20, 000 dari Bank Muamalat kepada Yayasan Wilayah Persekutuan bertempat di Wisma Yayasan Wilayah Persekutuan, Kampung Baru pada petang semalam, 21 Mei 2024.
Cek sumbangan berkenaan diserahkan Ketua Jabatan Kewangan Sosial Bank Muamalat, Hj. Zaharuddin Alias kepada Hj Abdul Rahman sambil disaksikan Pengurus Jabatan Kewangan Sosial,Mohd Azim Mohd Saufidan Pengurus Besar Jabatan Kewangan Kumpulan YWP,M. Faslee Meon.
Turut hadir Ketua Pegawai Undang-undang, Hj Mohd Fadzil Abd. Hamid; Pengurus Kanan, Norazlina Abd Rashiddan Timbalan Pengurus Besar, Jabatan Pembangunan Komuniti, Komunikasi Strategi & IT, Datin Dr. Ida Harlina mewakili YWP
Bagi yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan keTabung Kebajikan & Pelajaran YWP melalui akaum CIMB bernombor 8001103675 atas nama “YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN” dengan mencatatkan kod “SUMBANGAN TABUNG YWP”.