Memorandum Persefahaman (MOU) YWP bersama Pingo ke arah pendigitalan usahawan
Kuala Lumpur, 21 Mei 2024 Yayasan Wilayah Persekutuan(YWP) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat Pingo Sdn Bhd yang merupakan syarikat yang menyediakan platform jualan secara atas talian.
Majlis telah diadakan di Wisma YWP dan MoU ditandatangani oleh YBhg. Tuan Haji Abdul Rahman Bin Siraj, Pengarah Eksekutif YWP dan YBhg. Datuk Wira Tan Teck Chuan, Pengarah Urusan Pingo.
Ketua Pegawai Pemasaran Pingo Sdn Bhd, Mohd Shaarani Bin Yusof berkata, Pingo adalah satu syarikat e-dagang di Malaysia, yang menjalani perniagaan Business to Business (B2B).
“Kami bekerjasama dengan kerajaan China, dalam menyediakan bantuan kepada usahawan di Malaysia, membeli produk secara kredit selama 90 hari.
” Antara program yang disasarkan dalam MoU ini ialah membantu peniaga-peniaga kecil membangunkan perniagaan mereka melalui Program Keusahawanan Pingo Zero Cost, Skim Kredit Pingo 70/30, Sistem AffiliatePingo dan Tapak Perniagaan di sekitar Kuala Lumpur.
MoU tersebut turut disaksikan oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Fadzil Bin Ab Hamid, Ketua Pegawai Undang-Undang YWP dan YBrs. Mohd Shaarani Bin Yusof, Ketua Pegawai Pemasaran dan deligasi pihak Pingo.
Melalui MoU ini, ia dapat memberikan ruang yang lebih baik dalam merangka inisiatif yang lebih besar bagi membantu golongan usahawan dan peniaga-peniaga kecil untuk membangunkan perniagaan mereka dengan program yang memberi impak positif serta memahami strategi perniagaan melalui medium jualan secara atas talian.
Diharap melalui MoU ini juga dapat memberikan lebih fokus dan ruang untuk mengadakan program dan aktiviti berkaitan keusahawanan yang dapat meningkatkan kepelbagaian idea demi menaiktaraf kehidupan warga Wilayah Persekutuan.