Bekas Polis Dakwa Ditipu Syarikat Insurans, Tuntut Pampasan RM301,000

  • May 25, 2025
  • 1 min read
Bekas Polis Dakwa Ditipu Syarikat Insurans, Tuntut Pampasan RM301,000

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2025 – Seorang bekas anggota polis, Anadurai Marimutu, mendakwa menjadi mangsa ketidakadilan selepas syarikat insurans enggan membayar penuh pampasan polisi MLTA bernilai RM301,000 walaupun beliau telah membayar premium RM21,014 secara sekaligus.

Presiden Persatuan Nambikkai Malaysia, Datuk Dr. Kalaivanar, yang mengadakan sidang media bersama Anadurai, berkata bekas pegawai polis itu disahkan mengalami kegagalan buah pinggang selepas menjalani pemeriksaan di empat hospital pakar dan menjalani pemindahan buah pinggang.

Datuk Dr. Kalaivanar

“Dia sudah bayar penuh, ikut syarat. Tapi hanya dapat kira-kira RM110,000. Sedangkan pampasan sepatutnya RM301,000. Ini jelas tidak adil,” kata Datuk Dr. Kalaivanar.

Beliau menggesa agar pihak berkuasa, termasuk Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan, menyiasat kes ini dan meneliti semula sistem tuntutan insurans yang didakwa berat sebelah.

“Kami mahu sistem insurans yang lebih telus dan adil, bukan sistem yang menindas rakyat,” tegasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *