Chef Nora Hidupkan Rumah Warisan Cengal, Sajian Tradisi Hampir Pupus Kembali Menyinar

“Kembalikan Nostalgia . Di Rumah Tanjung” menghadiahkan Doa & Juadah mengamit kenangan bersama sama Tercinta, Makanan Warisan mengamit Selera Berbagai Jenis Lauk & Juadah Tersedia

👩🏻‍🍳 Chef Nora Hidupkan Rumah Warisan Cengal — Sajian Tradisi Hampir Pupus Kembali Diperkenalkan
Sebuah rumah warisan kayu cengal yang mempamerkan keindahan seni bina Melayu tradisional kini diangkat sebagai pusat pengalaman budaya dan kulinari, dengan fokus kepada pemeliharaan makanan warisan yang semakin jarang ditemui.


Menurut pemilik rumah warisan Tanjung itu, lokasi bersejarah berkenaan bukan sekadar bangunan lama, tetapi lambang identiti budaya yang masih kukuh hingga hari ini. Dengan suasana klasik yang membangkitkan nostalgia, rumah tersebut bakal menjadi tempat memperkenalkan semula menu tradisional Melayu kepada masyarakat.

Chef Nora

Beliau menjelaskan, antara perancangan utama ialah penyediaan pelbagai hidangan warisan dari seluruh negara, termasuk makanan tradisional Pantai Timur, Utara dan Selatan, selain manisan klasik seperti halwa betik yang kini semakin sukar ditemui.


“Kami mahu masyarakat merasai sendiri suasana tradisional yang membangkitkan selera. Banyak menu yang akan diperkenalkan hampir pupus, dan kami akan pastikan mutu serta keaslian rasanya sentiasa terjaga,” katanya ketika ditemui.

Latihan kulinari dan pemeliharaan warisan
Selain penyediaan makanan, rumah warisan tersebut juga akan menjadi pusat latihan berkaitan makanan dan kebudayaan Melayu. Program latihan ini bertujuan memindahkan ilmu masakan tradisional kepada generasi baharu agar warisan kulinari tidak hilang ditelan zaman.

Beberapa chef jemputan dan tokoh kulinari juga dijangka terlibat dalam sesi latihan serta demonstrasi masakan tradisional.


Ruang sewaan untuk majlis dan pelbagai program Menariknya, rumah warisan ini turut dibuka untuk sewaan bagi pelbagai jenis acara dan program. Orang ramai yang ingin menganjurkan majlis pertunangan, akad nikah, sambutan kecil, bengkel, sesi komuniti, program kebudayaan atau apa sahaja acara berskala kecil kini boleh menggunakan lokasi unik ini sebagai venue pilihan.


Namun, kapasiti ruang yang terhad menjadikannya lebih sesuai untuk majlis eksklusif dan berskala sederhana, berbanding majlis perkahwinan yang besar.


Dalam perancangan jangka panjang, konsep homestay tradisional juga bakal diperkenalkan bagi membolehkan pengunjung merasai sendiri pengalaman tinggal dalam suasana rumah Melayu klasik.

Warisan sebagai pengalaman, bukan sekadar pameran
Usaha ini dilihat sebagai langkah memelihara identiti budaya di Malaysiamelalui pengalaman sebenar — menikmati makanan tradisi, mempelajari kemahiran warisan dan meraikan acara dalam suasana autentik.
Dengan gabungan seni bina tradisional, pengalaman kulinari dan aktiviti budaya, rumah warisan cengal ini dijangka menjadi destinasi istimewa bagi pencinta sejarah, budaya dan makanan tradisional tempatan.

Set Menu Warisan Family
Gathering
Private Functions
Majlis Tunang /Nikah /Wedding
Trainings
Private Buffet
Dinner Buffet
Lunch Buffet
TEMPAHAN : 0132061968 / 0192947371

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *