Dr. Sathia bawa hasrat kebangkitan semula di Hulu Selangor
SERENDAH: Pengasas SP Care Group, Dr. Sathia Prakash Nadarajan menang bergaya dengan jumlah undian sebanyak 1,903 seterusnya layak untuk menyandang jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Hulu Selangor.
Dengan Hashtag beliau #BangkitHuluSelangor, adalah satu slogan semangat untuk menunaikan segala hasrat dan perancangan demi merangsang kebangkitan baharu buat seluruh rakyat Hulu Selangor.
Dr. Sathia sudah mula menjalankan tugas kerana ingin membuktikan kepada warga Hulu Selangor dan Ahli PKR bahawa beliau adalah pemimpin yang selayaknya menjalankan tugas dan amanah sebagai Ketua Cabang dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Hampir kesemua barisan kepimpinan beliau juga menang dalam pemilihan PKR 2022-2025 Cabang Hulu Selangor kali ini.
Pemilihan kali ini sangat sengit kerana Dr Sathia bertanding bersama June Leow yang sudah menjadi Ketua Cabang selama dua penggal sebelum ini.
Hasil semua keputusan yang dikeluarkan oleh pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berdasarkan laman web www.pemilihankeadilan2022.com – UTV Media Msia