Dr Wan Azizah serah sumbangan kepada OKU hidap pelbagai penyakit

  • January 7, 2024
  • 2 min read
Dr Wan Azizah serah sumbangan kepada OKU hidap pelbagai penyakit

Kuala Lumpur, 7 Januari 2024 – Dr Wan Azizah, isteri kepada Perdana Menteri hari ini menyampaikan bantuan Khas Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) kepada pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) yang menghidap pelbagai penyakit di Perumahan Awan Sri Johor pada pukul 9.30 pagi, hari ini.

Saudara Nor Aliff b Mohd Nor yang menetap di 05-01-11 PA Seri Johor merupakan seorang golongan kurang upaya (OKU) cacat fizikal dan turut menghidap beberapa penyakit kronik lain seperti jantung, strok dan gout. Beliau telah menerima bantuan wang tunai dari Tabung Kebajikan & Pelajaran Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Dato Seri Wan Azizah turut terlibat dalam aktiviti gotong royong bagi membersihkan kediaman tersebut. Jelas beliau, konsep “Kebersihan Asas Keimanan” harus lah menjadi asas pegangan buat semua kerana apabila kita mempunyai rumah yang bersih, fikiran akan menjadi lebih tenang dan dapat memikirkan cara-cara menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Tabung Kebajikan & Pelajaran YWP ini telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 1 Jun 2023 di Putrajaya“.

Sesi penyampaian sumbangan turut dihadiri wakil syarikat-syarikat penyumbang yang sangat berpuas hati dengan tatakelola, kaedah dan impak agihan sumbangan yang diurustadbir oleh YWP.

Turut hadir, YBhg Datuk Azman Haji Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, YBhg Datuk Rizalman bin Mokhtar, Setiausaha Politik kepada Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Pengerusi & Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan (anak syarikat Yayasan Wilayah Persekutuan), para Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP, pegawai-pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Baitulmal dan Majlis Perwakilan Penduduk Bandar Tun Razak.

YWP sangat mengalu-alukan sumbangan dari individu atau syarikat korporat yang prihatin dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup warga Wilayah serta menoktahkan kemiskinan bandar seperti yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri.

Sumbangan boleh terus disalurkan ke Tabung Kebajikan & Pelajaran YWP, No akaun: 8001103675 (CIMB) atas nama “YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN” serta catatkan kod “SUMBANGAN TABUNG YWP”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *