FELDA Anjur Karnival Segalanya FELDA Sempena 10 Tahun Menara Felda Pada 23-25 Feb 2024

  • February 24, 2024
  • 2 min read
FELDA Anjur Karnival Segalanya FELDA Sempena 10 Tahun Menara Felda Pada 23-25 Feb 2024

KUALA LUMPUR, 23 Februari 2024- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengadakan Majlis Pelancaran Karnival Segalanya FELDA sempena 10 tahun Menara FELDA.

Karnival Segalanya FELDA Sempena 10 Tahun Menara Felda diadakan pada 23-25 Feb 2024, merupakan gambaran awal kepada Sambutan Hari Peneroka FELDA 2024

Objektif karnival ini adalah berhimpun, menyantuni dan menyampaikan maklumat kepada warga FELDA dan orang ramai selain dari mengukuhkan kerjasama antara agensi dan syarikat korporat.

Pencetus idea ini adalah YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Felda berhasrat supaya semua aktiviti keusahawanan, kebudayaan, makanan dan semua produk keluaran FELDA diketahui oleh masyarakat.

Beliau berkata, Menara Felda akan menjadi pusat untuk masyarakat setempat terutamanya di Kuala Lumpur untuk berkunjung, beristirehat, berbincang dan menikmati makanan di menara ini.

Karnival ini juga merupakan aktiviti awal bagi Sambutan Hari Peneroka Felda 2024 (HPF24) yang akan berlangsung pada 12 – 14 Julai di MAEPS, Serdang.

Melalui pelancaran ini, FELDA kini berkembang maju serta berdaya saing dari segi gaya hidup dan kepelbagaian sumber pendapatan sampingan.

Bersempena 10 tahun Menara FELDA, YBhg. Dato’ Sri mencadangkan untuk menggunakan ruang di Kawasan Platinum Park dijadikan tempat menarik untuk dilewati dengan aktiviti seperti jualan produk dan makanan, foodtruck, aktiviti persembahan dan sebagainya.

Pada majlis ini juga terdapat pelancaran galeri FELDA di lobi utama serta pelancaran bilik Sekretariat Hari Peneroka FELDA 2024 di B1, Menara FELDA.

Penganjuran Karnival Segalanya FELDA ini sejajar dengan matlamat jangka panjang FELDA ke arah pembentukan komuniti lestari di mana usahawan dan peneroka mampu menghasilkan pendapatan lain selain dari hasil ladang.

Matlamatnya adalah untuk memberi pendedahan kepada lebih ramai orang berkaitan hasil keluaran produk berkualiti.

Seterusnya menggalakkan pelabur berpotensi bekerjasama serta mendapat banyak peluang yang ditawarkan oleh Felda dan anak syarikatnya.

Persediaan awal “Karnival Segalanya FELDA” ini memberi gambaran awal kepada Sambutan Hari Peneroka FELDA 2024 yang dijangka menarik 500,000 pengunjung dari seluruh negara dengan lebih 37 acara akan diadakan pada karnival itu daripada pesta makanan, kepada pertandingan bakat yang akan memberikan cerita kembali kepada peneroka Felda dan ahli keluarga mereka.

Hala tuju baharu FELDA ini, akan terus berinovasi bagi mencipta lebih banyak peluang dengan memastikan kehidupan dan kesejahteraan warga peneroka serta kesinambungan generasi baru FELDA kekal terjamin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *