Festival Budaya Kulit Wayang 2025 & Malika Music Festival Diumumkan Secara Rasmi

  • March 26, 2025
  • 4 min read
Festival Budaya Kulit Wayang 2025 & Malika Music Festival Diumumkan Secara Rasmi

SERI KEMBANGAN, 26 Mac 2025 – Festival Budaya Kulit Wayang 2025 dan acara utamanya, Malika Music Festival 2025, telah diumumkan secara rasmi dalam satu sidang media yang berlangsung di Grotto Hall @ Confetti KL, Mines 2 pagi ini.

Festival Budaya Kulit Wayang, yang akan berlangsung selama dua hari pada 12 dan 13 April 2025 di The Landing @ KL Base, Sungai Besi, menggabungkan pelbagai elemen menarik seperti tayangan perdana filem dan pelancaran treler, larian santai bersama selebriti sejauh 3km, festival kebudayaan, serta Malika Music Festival (pada 12 April 2025). Acara ini merupakan sebahagian daripada kempen promosi unik bagi filem seram terbaru, “Kulit Wayang”.

Pendekatan Unik dalam Promosi Filem

Sebagai penerbit bersama filem ini dan penganjur festival, EMT Ventures Sdn Bhd melihat potensi besar “Kulit Wayang” untuk menarik minat masyarakat Malaysia.

“Kami percaya bahawa pelancaran filem tidak seharusnya terhad kepada pihak media sahaja, tetapi harus diraikan bersama orang ramai. Oleh itu, kami telah menjadikan acara ini sebagai satu perayaan besar-besaran yang menyatukan jenama, budaya, dan hiburan dalam satu platform,” kata Penny Chan, Pengarah EMT Ventures dalam ucapan alu-aluannya.

Tambahnya, EMT Ventures dengan pengalaman luas dalam penganjuran acara berskala besar serta kejayaan dalam kempen pemasaran sebelum ini yakin dapat menyediakan pengalaman yang berimpak tinggi dan tidak dapat dilupakan. Festival ini turut mendapat sokongan daripada FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) dan MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya).

“Kami mahu memastikan ‘Kulit Wayang’ mendapat pendedahan luas dan mencipta gelombang keterujaan sebelum tayangannya,” ujar Penny Chan.

Gabungan Budaya, Muzik dan Hiburan

Festival Budaya Kulit Wayang akan mengetengahkan warisan budaya Malaysia melalui persembahan seni tradisional, pameran kebudayaan, serta hidangan makanan tempatan. Selain itu, festival ini juga akan menampilkan Malika Music Festival 2025, yang menghimpunkan barisan artis popular tempatan dan Indonesia termasuk:

Fattah Amin (pelakon dan penyanyi terkenal Malaysia)

Nidji (ikon pop Indonesia)

Bunkface (band pop punk)

OAG (band indie legenda)

Krusty, Steeltoe Solutions & Conflict Crisis (band rock terkenal)

Selain itu, festival ini juga akan menganjurkan “Run with the Artists!”, larian santai pertama yang menampilkan barisan pelakon filem “Kulit Wayang”. Peserta boleh memilih untuk menyertai larian 3km atau 10km, yang bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat tetapi juga memberi peluang kepada peminat untuk bertemu dengan artis kegemaran mereka.

“Kulit Wayang”: Filem Seram Misteri Berlatarkan Warisan Wayang Kulit

Filem “Kulit Wayang” merupakan sebuah filem seram misteri Malaysia yang berlatarkan warisan Wayang Kulit Kelantan, yang pernah diharamkan selama 28 tahun. Dijadualkan untuk tayangan rasmi di lebih 50 pawagam seluruh Malaysia, Singapura, dan Brunei pada 1 Mei 2025, filem ini diarahkan oleh pengarah tersohor, Dain Said, yang sebelum ini mengarahkan filem seperti Dukun, Bunohan, Harum Malam, dan Interchange.

Barisan pelakon utama filem ini termasuk:

Fattah Amin – pelakon terkenal Malaysia dengan lebih 3.7 juta pengikut di Instagram.

Pekin Ibrahim – pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia.

Reynavenzka Retno Ayu – pelakon filem dan sinetron Indonesia.

Jennaira Kamaratih Jiwa – pelakon cilik Indonesia yang aktif dalam teater dan siri web.

Sinopsis Filem “Kulit Wayang”

Pada era 1980-an, seorang tok dalang yang patah hati akibat kematian anak perempuannya berusaha mencari jawapan di sebuah perkampungan tepi laut di Malaysia. Kehadiran seorang ibu dan anak dari Indonesia membongkar rahsia tersembunyi kampung tersebut apabila sebatang patung wayang kulit istimewa tiba-tiba hidup. Penemuan ini membawa mereka ke dalam satu perjalanan penuh misteri dan budaya yang mencengkam.

Pelbagai Aktiviti Menarik Sepanjang Festival

Festival ini bakal menyajikan pelbagai aktiviti menarik, antaranya:
✅ Persembahan muzik tradisional – Gamelan & Dikir Barat
✅ Persembahan tarian tradisional – Inang & Zapin
✅ Wayang Kulit bersama Fattah Amin & Pekin Ibrahim
✅ Pertandingan seni lukisan & mewarna untuk pelajar sekolah rendah dan menengah
✅ Permainan tradisional – Congkak, Batu Seremban & Gasing
✅ Bengkel interaktif – Lukisan batik & pembuatan wau
✅ Lebih 100 gerai jualan termasuk makanan tradisional seperti Nasi Lemak, Satay & Rendang

Festival ini dijangka menarik sehingga 13,000 pengunjung, termasuk 5,000 pelari dari pelbagai lapisan umur di KL dan Selangor.

Maklumat Tiket & Cara Pembelian

Kulit Wayang Cultural Run & Festival menawarkan harga tiket yang berpatutan:
🎟 Larian 3km – RM41 (termasuk akses festival)
🎟 Larian 10km – RM49 (termasuk akses festival)
🎟 Akses ke Festival Budaya Kulit Wayang (Hari Ke-2) – RM9.90
Beli tiket di sini

Malika Music Festival 2025:
🎫 General Admission (GA) – RM99
🎫 VIP – RM159
Beli tiket di sini

Sokongan & Penaja

Festival ini mendapat tajaan daripada Check Hup, HoneyB, Lafre, Yeo’s, RT Pastry, Beauterfly, GJ, Speed 2.0, dan banyak lagi.

Festival Budaya Kulit Wayang bukan sekadar acara hiburan, tetapi satu perpaduan budaya, sukan, dan promosi filem yang bakal mencipta fenomena baharu dalam industri kreatif Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *