NGO Geng 18 (G18) pemangkin generasi baru

  • June 18, 2022
  • 2 min read
NGO Geng 18 (G18) pemangkin generasi baru

RAWANG, 18 JUN 2022 – Pelancaran NGO Geng 18 (G18) yang terdiri daripada lebih 7,000 orang ahli anak-anak muda yang berumur 15 tahun sehingga 25 tahun di Big Boss Mart, Rawang, hari ini.

Tujuan pertubuhan tersebut adalah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan anak-anak muda seluruh Malaysia.

Langkah ini dibuat supaya anak-anak muda lebih cakna tentang isu-isu semasa termasuk kesedaran berkenaan politik dan ekonomi.

G18 ditubuh pada tahun 2019 dan keahlian melebihi 7,000 orang anak muda di seluruh Malaysia.

Turut hadir majlis tersebut, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dato Sri Jamal Md Yunos.

Presiden G18, Muhammad Amin Daniel Jamal berkata, pelbagai program yang telah dirancang dalam pertubuhan ini seperti seni bela diri, aktiviti lasak seperti sukan permotoran, dan e-sport.

Presiden G18, Muhammad Amin Daniel Jamal

“Peranan anak-anak muda sangat penting kerana mereka adalah ‘tulang belakang’ negara dan sebagai penyambung agenda pembangunan negara.

“Saranan saya supaya mereka (anak muda) perlu diberikan dari sudut kemahiran, pendidikan dan pekerjaan supaya negara kita setaraf dengan negara-negara maju seperti Norway, Jepun dan Jerman.

“G18 juga menyediakan peluang keusahawanan kepada golongan muda menggunakan konsep ‘zero modal’ dalam program usahawan Big Boss Burger,” katanya pada Majlis Pelancaran Geng 18 di Big Boss Mart, Rawang disini pada hari ini. – UTVMediaMsia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *