Gandingan mantap drama Risik Pada Hati

  • June 27, 2022
  • 2 min read
Gandingan mantap drama Risik Pada Hati

Petaling Jaya, 24 Jun 2022 – Demi cinta, seorang isteri rela mengorbankan separuh daripada jiwanya.

Demi suami tercinta, dia sanggup melakukan apa saja kerana mahukan kesempurnaan dalam cinta mereka.

Berbaloikah pengorbanan yang dilakukan olehnya? Segalanya bakal terjawab dalam drama bersiri terbaharu, Risik Pada Hati yang akan disiarkan menerusi slot Akasia TV3 mulai 27 Jun 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam dan strim secara langsung di www.tonton.com.my Risik Pada Hati yang diinspirasikan daripada novel berjudul Risik Pada Hati karya Hanni Ramsul ini diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures.

Drama bersiri 28 episod ini diarahkan oleh Pali Yahya menampilkan barisan pelakon handalan tanah air seperti Alif Satar, Ummi Nazeera, Zara Zya, Izzue Islam dan ramai lagi.

Hayfa (Ummi Nazeera) dan Adam (Alif Satar) merupakan sepasang suami isteri yang saling menyayangi.


Walaupun sudah lama berkahwin dan mencuba pelbagai cara, mereka masih belum dikurniakan anak.


Hayfa akhirnya membuat keputusan untuk memujuk Adam berkahwin dengan Aisya (Zara Zya) bagi mendapatkan zuriat.


Adam terkejut dan tidak bersetuju dengan cadangan Hayfa. Hayfa menyatakan dia sanggup melakukan apa saja demi kesempurnaan cintanya pada Adam. Akhirnya, Adam akur dan berkahwin dengan Aisya.


Adam sentiasa bersikap adil dan memberi layanan yang sama kepada kedua-dua isterinya.


Namun, benarkah pengorbanan Hayfa akan sempurnakan cinta mereka ataupun ia hanya membuatkan kebahagiaan mereka semakin goyah?

Adakah layanan Adam sudah berubah atau keikhlasan Hayfa yang semakin hilang? Bagaimana pula dengan Aisya? Mampukah mereka sama-sama menggapai kebahagiaan
itu semula?


Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Risik Pada Hati menerusi slot Akasia mulai 27 Jun 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan strim secara langsung di www.tonton.com.my.


Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *