“Hargai Jasa Atlet”- Sumbangan Aidilfitri komitmen berterusan kerajaan negeri menjaga kebajikan atlet dan bekas atlet

  • April 27, 2022
  • 1 min read
“Hargai Jasa Atlet”- Sumbangan Aidilfitri komitmen berterusan kerajaan negeri menjaga kebajikan atlet dan bekas atlet


Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang ini, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan amat prihatin dan menitikberatkan kebajikan atlet dengan memberikan sumbangan Aidilfitri bernilai RM200 kepada 200 penerima yang terdiri daripada atlet, atlet sukan para dan bekas atlet dan yang telah berjasa dan mengharumkan nama Negeri Selangor dan Malaysia.

Inisiatif sumbangan ini adalah penghargaan besar Kerajaan Negeri, sekaligus, membantu mengurangkan beban mereka agar turut bersama-sama merasai kemeriahan sambutan Aidilfitri.


Sumbangan Aidilfitri “Hargai Jasa Atlet” adalah salah satu komitmen jalinan kerjasama berterusan antara Kerajaan Negeri, Yayasan Kebajikan Bekas Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan Persatuan bagi Orang Buta Malaysia demi memastikan kebajikan atlet, atlet sukan para dan bekas-bekas atlet sentiasa diutamakan supaya jasa dan pengorbanan mereka dijulang dan diingati masyarakat.


Pada tahun ini, Kerajaan Negeri terus komited mempergiatkan program mendekati golongan ini dengan meneruskan Program Ceria Atlet Selangor 2022 yang menekankan tema “Hargai Jasa Atlet” sebagai usaha tekad untuk tidak melupakan bekas-bekas atlet mahupun menghargai atlet yang telah gigih mengangkat nama Selangor dan Malaysia di mata dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *