Kenyataan Media Pejuang Muda Langkawi
26 APRIL 2022- Kami mengambil maklum pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah lalu, Yang Berhormat Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jitra-Pejuang) membangkitkan surat mengenai tawaran daripada kerajaan negeri pada sebuah syarikat swasta bagi pengeluaran kayu balak atau kuari pasir di Hutan Simpan Gunung Raya dan kemudian Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Muhammad
Sanusi Md Nor telah menjelaskan tiada lesen pengeluran kayu balak atau pasir dikeluarkan setakat ini. Rentetan daripada itu, terdapat sebahagian masyarakat menyuarakan mereka juga tidak sama
sekali mahu perkara ini berlaku pada Gunung Raya.
Kami ingin mendesak Menteri Besar Kedah, YAB Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengeluarkan perintah moratorium untuk menghentikan sebarang aktiviti pembalakan atau kuari pasir di Gunung Raya selama-lamanya dalam usaha pemuliharaan Langkawi yang diiktiraf sebagai UNESCO GLOBAL GEOPARK yang pertama di Asia Tenggara.
Hari ini, kami menyerahkan petisyen “Save Gunung Raya Langkawi” yang kepada Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor melalui Pejabat Daerah & Tanah, Langkawi. Setakat ini, petisyen dalam talian ini mendapat 13,560 tandatangan seluruh Langkawi. Ia dimulakan oleh penduduk Langkawi yang prihatin dan Pejuang Muda Langkawi hanya mengangkat suara penduduk setempat yang bimbang akan keadaan Gunung Raya.
Oleh itu, kami ingin mendesak Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan semua Menteri Besar pada masa akan datang untuk berjanji tidak akan mengeluarkan lesen pembalakan atau kuari pasir di
Gunung Raya, Langkawi selama-lamanya.
Bencana alam seperti banjir besar dan tanah runtuh yang berlaku berulang kali adalah berpunca daripada perubahan iklim yang turut dikaitkan dengan aktiviti pembalakan. Tambahan pula,
tempat seperti Gunung Raya merupakan ekosistem kepada kepelbagaian flora yang fauna.
Jika lesen pembalakan atau kuari pasir dikeluarkan pada masa akan datang ia tentu menjadi ancaman kepada ratusan flora dan fauna malah boleh mengubah dan memusahkan tempak
bersarang dan pembiakan semulajadi haiwan dan tumbuhan yang unik di Gunung Raya.
Justeru, ditegaskan bahawa penduduk di Langkawi tidak mahu sebarang lesen pembalakan atau
kuari pasir yang diluluskan di Langkawi di Gunung Raya selama-lamanya.
Menjaga khazanah yang ditinggalkan generasi dahulu harus menjadi tanggungjawab generasi
sekarang untuk diwarisi kepada generasi akan datang.