BIGBOYS ACADEMY ‘Anak-anak Muda muslim Malaysia diasaskan oleh Chef Rizwan ramalan dalam Pembangunan Digital (Pertama di Malaysia malahan di dunia dalam High Income skil) MOU bersama syarikat Umaga technologies Indiam
KUALA LUMPUR, 26 April 2021 – Bigboys Academy Malaysia adalah gabungan anak-anak muda Malaysia yang berpandangan jauh dalam sistem revolusi pendigitalan, automasi, artificial intelligent, bitcoin, dan perbankan digital.
Pada hari ini, Bigboys Academy Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama syarikat pendidikan robotik terkemuka di India iaitu Umaga Technology India yang diwakilkan oleh Ketua Pegawai Teknologi, Encik Prashant yang dilangsungkan secara talian pada pukul 3:00 PM di Facebook ‘Bigboys Academy’.
Tujuan utama MOU ini adalah untuk pertukaran perkhidmatan pendidikan dan sillibus (Robotik, Ai, IoT dan Kemahiran Berpendapatan Tinggi). Umaga Tech akan menyediakan pendidikan tentang robotik, ai, pendidikan IoT yang akan diaplikasikan di setiap sekolah- sekolah dan universiti -universiti. Sementara Big Boys Academy akan menyediakan pendidikan mengenai ‘The Right Mindsetting’ dan ‘10 High Income Skills’ untuk mereka yang ingin menjadi elit global, bilionair.
Selain itu, untuk mewujudkan pertukaran kerjasama antara Malaysia dan India dengan menyediakan kedua-dua syarikat ini dalam memulakan promosi pendidikan digital ke institusi pendidikan dan badan kerajaan yang berkaitan di Malaysia dan India untuk menyokong misi dan visi Bigboys Academy.
Bigboys Academy juga melengkapkan dan menyediakan pelajar-pelajar dengan kemahiran hidup skil berpendapatan tinggi dalam era digital di mana pada era ini bukan mengenai pasaran buruh lagi tetapi ia semua mengenai pasaran usahawan digital.
Pengasas BigBoys Academy, Rizwan Ramalan, berumur 29 tahun berkata, kerjasama ini adalah sebahagian daripada silibus Bigboys Academy. Pendidikan kami akan mengajar anda berfikir dan bertindak dalam formula MMT + GeoPolitik + GeoEkonomi + GeoStrategi. Dan falsafah kami adalah mengajar melalui teladan dan di sini kami melakukan kerjasama di peringkat antarabangsa. Ini adalah MOU pertama kami yang telah merentasi sempadan Malaysia, jadi ia adalah satu kejayaan yang penting buat kami.
“Mengapa kami memilih India sebagai rakan kerjasama kami? Ini kerana CEO gergasi teknologi adalah dari kalangan orang India. Microsoft, Google, Twitter, Mastercard, Micron, DBS dan lain-lain. Jadi saya percaya bahawa kami akan bekerjasama dengan pakar-pakar dalam industri.
“Apabila kita bercakap tentang ekosistem semua digital, kita bercakap tentang aplikasi yang mempunyai akses kepada semua pintu masuk digital, contohnya, dalam membuat pembayaran, tempahan, membeli barangan runcit, memperoleh pendapatan, membelanjakan pendapatan, melabur pendapatan segala-galanya dalam talian. Juga kita bercakap tentang ‘robofarming’ menggunakan dron dan pembelajaran mesin, pemanduan autonomi, robocleaner, roboarchitect, robolawyer, roboadmin.
“Dan saya percaya untuk menjadi negara berpendapatan tinggi kita mesti menggunakan sepenuhnya dan memanfaatkan teknologi untuk mencipta automasi dan mengurangkan kos, disebabkan itu ilmu ini perlu diterapkan di setiap manusia, kerana asset yang paling pening adalah ‘modal insan’. Dunia selepas wabak telah memisahkan diri kita dari dunia sebelumnya dan telah menwujudkan norma baru kepada dunia dalam era digital.
Sekian, Terima Kasih,
Bigboys Academy
Facebook: Bigboys Academy
Instagram: bigboysacademy
Website: https://bigboysacademy.com/
No. Tel: 011-31828636