‘HAWA’ JADI PERTARUHAN SINGLE SOLO PERTAMA DIANA NAZYRA

  • March 1, 2024
  • 1 min read
‘HAWA’ JADI PERTARUHAN SINGLE SOLO PERTAMA DIANA NAZYRA

Petaling Jaya, 1 Mac 2024 – Diana Nazyra merupakan komposer, penulis lirik, guru vokal, penyanyi, dan penerbit muzik yang terkenal di Singapura kini muncul dengan single terbaharu iaitu ‘Hawa’.

Ini merupakan single solo pertama Diana dimana dia juga merupakan komposer serta penulis lirik. Diana telah berkecimpung dalam industri seni sejak usia 10 tahun.

Kelahiran ‘Hawa’ memberi kepuasan kepada Diana kerana telah menghasilkan lagu ini sejak 2 tahun yang lalu selepas pemergian nenda tersayang. “Ini merupakan single solo pertama saya dan saya amat berpuas
hati dengan hasil lagu ‘Hawa’ ini. Sebenarnya lagu ini sangat bermakna buat saya kerana lagu ini diinspirasikan oleh arwah nenek kesayangan saya bernama Awa. Arwah nenek dan ibu banyak mengajar saya tentang martabat kita sebagai wanita, keikhlasan, kesabaran, sentiasa bersyukur dan tabah dalam apa jua ujian kehidupan. Pemergian nenek telah memberi kesan yang mendalam dan saya ingin berkongsi apa yang saya pelajari dari arwah menerusi single ‘Hawa’ khas buat semua kaum wanita.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *