Hazami dicabar! Juri mahu hazami berikan persembahan terpaling wow

  • September 1, 2022
  • 3 min read
Hazami dicabar! Juri mahu hazami berikan persembahan terpaling wow

Petaling Jaya, 1 September 2022 – Sudah dua minggu TERPALING JUARA berlangsung, Hazami, penyanyi R&B yang popular dengan lagu-lagu hits seperti Tekad, Sonata Musim Salju, Kata, Mungkir.Bahagia dan Kiblatku telah memberikan persembahan yang sangat menghiburkan dengan mempertaruhkan lagu Mungkir Bahagia dan Seribu Impian di pentas TERPALING JUARA.


Pada minggu lepas, juri tetap Fauziah Latiff yang mesra disapa sebagai Kak Gee telah memberikan pandangan beliau terhadap persembahan Hazami.

“Saya suka stail Hazami, cuma masih ada sesuatu yang anda tak dapat menggapai dalam lagu Seribu Impian ini. Anda kelihatan seperti mengelakkan sesuatu di atas pentas. Anda ialah seorang penyanyi yang hebat, mempunyai vokal bagus dan sedap
didengar.

Sebagai seorang artis yang sudah lama berkecimpung di industri, kita mahu lihat sisi berbeza Hazami di atas pentas ini,” ulas Kak Gee.

Hazami selesa bekerjasama dengan Akim Ahmad yang disifatkan boleh membaca Hazami seperti sebuah buku.

Akim menitikberatkan rentak dalam persembahan nyanyian dan kali ini apakah strategi mereka berdua untuk lagu pilihan episod 3 iaitu Mas Mona (SFMM7, nyanyian asal oleh Jeffrydin)


“Ketika dilamar untuk menyertai TERPALING JUARA, saya terus bersetuju kerana saya suka dengan konsep program dan saya juga sudah lama tidak bertanding di Anugerah Juara Lagu. Terima kasih kepada Dato’ Hattan dan Fauziah Latiff yang memberikan teguran.

Segala komen, pandangan dan kritikan itu
diterima secara terbuka. Saya tak rasa terkilan kerana sudah bersedia untuk keluar dari zon selesa dan mencuba benda-benda baharu untuk melangkah lebih jauh dalam kerjaya nyanyian.

Saya akan buktikan bahawa keupayaan Hazami bukan hanya bersandarkan vokal tetapi juga boleh menjayakan pelbagai corak
persembahan, memberikan hanya yang terbaik di pentas Terpaling Juara,” tambah Hazami.


“Saya sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Hazami seorang penyanyi dan penghibur yang versatil dan berbakat besar. Kami berdua juga akur dengan tekanan yang dihadapi sekarang apabila Hazami dicabar dan diletakkan harapan yang sangat besar pada setiap persembahan di pentas TERPALING JUARA.

Saya juga tahu yang peminat-peminat Hazami mahukan persembahan yang paling
WOW daripada idola mereka pada setiap minggu.

InsyaAllah, kami akan menyahut cabaran ini dan memberikan impak yang besar buat Hazami dalam program ini,” kata Akim Ahmad yang merupakan kapten kepada penyanyi legenda ini.


Program hiburan terbaharu TV3, TERPALING JUARA mempertaruhkan 3 kapten, Akim Ahmad, Hael Husaini dan Naim Daniel yang merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik yang berbakat besar serta pemilik trofi Juara Lagu di anugerah paling berprestij untuk membimbing seorang penyanyi senior
dan seorang penyanyi junior untuk menjayakan persembahan mingguan daripada #playlistAJL iaitu lagu -lagu popular yang pernah tercalon di semua edisi Separuh Akhir Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu (AJL).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *