INSENTIF REBAT RAHMAH HARI RAYA AIDILFITRI 2025 ERATKAN SILATURAHIM MENERUSI KOMUNIKASI

PUTRAJAYA, 26 Mac 2025 – Kerajaan MADANI melalui Kementerian Komunikasi
mengumumkan pemberian insentif rebat RAHMAH berbentuk tambahan kuota data
minimum 5GB kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi warganegara
Malaysia (prabayar dan pascabayar) pada Hari Raya Aidilfitri pertama.
Tambahan kuota data ini sah bagi tempoh minimum 24 jam, tertakluk kepada terma
dan syarat penawaran syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat
iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Pavo Comms,
Tune Talk, redONE, REDtone dan XOX Com.
Usaha Kementerian Komunikasi dengan kerjasama strategik syarikat penyedia
perkhidmatan telekomunikasi ini sejajar dengan hasrat Kerajaan MADANI yang
menitikberatkan nilai ihsan kepada rakyat di samping mengeratkan silaturahim
menerusi komunikasi dalam talian sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Maklumat lanjut mengenai insentif ini akan diumumkan oleh syarikat
penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Manakala, senarai soalan lazim (FAQ) boleh
dirujuk di laman sesawang Kementerian Komunikasi menerusi pautan
https://www.komunikasi.gov.my/en/awam/faq.