KABINET BERSETUJU SYOR UNTUK LAKSANAKAN PINDAAN KEATAS PPKB (PINDAAN) 2021

Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini telah meluluskan syor Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) supaya dilaksanakan
pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) (Pindaan)
2021 yang sebelum ini telah diluluskan oleh pentadbiran Kerajaan lalu dan
telah berkuat kuasa sejak 15 Oktober 2021.
PPKB (Pindaan) 2021 tersebut telah menetapkan sekatan had kepada peniaga
bagi pemilikan dan penggunaan Gas Petroleum Cecair (LPG) melebihi 42
kilogram pada satu-satu masa yang memerlukan kepada Permit Barang
Kawalan Berjadual (PBKB).
Antara teras kepada pindaan yang akan dibuat adalah:
(i) mengambil kira keperluan peniaga jualan makanan dan minuman
berskala mikro dan kecil secara bersasar;
(ii) mewujudkan kejelasan undang-undang (clarity of law) untuk memastikan keberkesanan pematuhan dan penguatkuasaan.
Jemaah Menteri juga bersetuju dengan syor agar semakan dan pindaan
kepada PPKB (Pindaan) 2021 ini diselaraskan oleh Jawatankuasa Teknikal
yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) KPDN dan turut melibatkan
kementerian dan agensi berkaitan selain mendapatkan syor dan pandangan
daripada pelbagai pemegang taruh.