KAD DISKAUN KHAS BAGI PENGUSAHA MENU RAHMAH

  • November 4, 2023
  • 2 min read
KAD DISKAUN KHAS BAGI PENGUSAHA MENU RAHMAH


KUALA LUMPUR, 2 NOVEMBER 2023 – Sukacita diumumkan bahawa bermula
hari ini permohonan Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH kini dibuka khusus
kepada pengusaha-pengusaha Menu RAHMAH di seluruh negara.

  • Menu RAHMAH merupakan salah satu program utama di bawah Inisiatif
    Payung RAHMAH untuk menangani isu kos sara hidup dengan menyediakan
    menu makanan tengah hari atau malam yang sihat dan selamat dengan harga
    tidak melebihi RM 5.00 bagi setiap hidangan. Dengan kadar harga menu yang
    berpatutan ini, Program Menu RAHMAH yang mula dilaksanakan sejak
    31Januari 2023 ini disasarkan untuk membantu rakyat yang terkesan dengan
    kenaikan kos sara hidup masa kini di seluruh negara.
  • Sehingga kini, terdapat 2,849 premis berdaftar yang menawarkan Menu
    RAHMAH kepada rakyat Malaysia di seluruh negara. Sejajar dengan hasrat untuk
    memberikan insentif penghargaan kepada para pengusaha Menu RAHMAH,
    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
    merintis usaha untuk memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH.
  • Pada masa yang sama, inisiatif ini merupakan salah satu langkah untuk
    memastikan kelangsungan Program Menu RAHMAH sebagai galakan untuk
    meningkatkan lagi bilangan pengusaha restoran dalam menyertai Program
    Menu RAHMAH. Kementerian komited dalam memperluaskan dan menjayakan
    lagi Program Menu RAHMAH bagi memastikan golongan berpendapatan rendah
    dapat menikmati pilihan makanan diluar dengan harga yang berpatutan.

Penawaran Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH ini merupakan program
rintis bersama di antara Kementerian dan pemain industri dalam sektor
perdagangan dan pengedaran. KPDN menghargai komitmen enam buah pasar
raya yang telah bersetuju untuk terlibat dalam pelaksanaan inisiatif ini iaitu pasar
raya AEON BiG, Econsave, Giant, Lotus’s, Mydin serta NSK.

  1. Antara barangan yang ditawarkan dengan kadar diskaun kepada
    pengusaha Menu RAHMAH yang telah diluluskan penyertaan dalam program ini
    adalah barangan mentah seperti ayam, bawang dan barang asas makanan yang
    lain bagi membantu pengusaha mengurangkan kos penyediaan Menu RAHMAH.
    Pasar raya-pasar raya ini akan menawarkan kadar diskaun sehingga 40
    peratus terhadap 5,000 stock keeping unit (SKU); tertakluk kepada terma dan
    syarat yang ditetapkan oleh pasar raya.
  2. Permohonan bagi Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH ini telah dibuka
    bermula hari ini melalui portal https://menurahmah.kpdn.gov.my. Diantara
    syarat- syarat permohonan bagi Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH ini adalah
    seperti berikut:
    I. Warganegara Malaysia;
    II. Telah berdaftar sebagai pengusaha Menu RAHMAH di bawah
    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup; dan
    III. Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan
    pihak berkuasa tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *