Kebenaran beroperasi bagi perkhidmatan perlu di bawah KPKT
PUTRAJAYA, 1 JUN 2021 – Berikutan Kenyataan Media YB Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) pada pagi ini mengenai status semasa permohonan kebenaran beroperasi bagi perkhidmatan perlu di bawah KPKT.
Sistem permohonan kebenaran beroperasi telah pun diaktifkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI). Sehubungan itu, syarikat yang terlibat boleh memohon surat kebenaran beroperasi menerusi www.miti.gov.my dengan mengakses Portal CIMS 3.0 (melalui pautan notification.miti.gov.my) berkuatkuasa serta merta.
Sehubungan itu, berikut disenaraikan sektor-sektor perlu (essential services) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) iaitu:
i. Pajak Gadai (Akta 81)
ii. Pengurusan Strata: Pengurusan Badan (Pemaju) (Akta 757)
iii. Pengurusan Strata: Pengurusan Badan (JMB/MC) (Akta 757)
iv. Pengurusan Strata: Pengurusan Hartanah Strata (JMB/MC) (Akta 757)
v. Pemungutan Sisa Pepejal: Isi Rumah/Komersil, Perindustrian dan
Keinstitusian / Pembinaan (Negeri-negeri yang menerima pakai atau tidak
menerima pakai Akta 672)
vi. Pembersihan Awam (Negeri-negeri yang menerima pakai atau tidak menerima
pakai Akta 672)
vii. Sanitasi Awam oleh Syarikat Konsesi (Akta 672)
viii. Sanitasi Swasta
ix. Penyelenggaraan Kemudahan / taman rekreasi awam dan persendirian
x. Pengurusan Hartanah Komersil
CIMS 3.0 merupakan pusat sehenti yang akan memproses semua permohonan bagi kebenaran beroperasi perkhidmatan perlu (essential services) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 yang bermula 1 hingga 14 Jun 2021.
Sebarang pertanyaan berhubung isu teknikal CIMS 3.0, boleh diemelkan ke cims@marii.my. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat sebarang penipuan atau penyalahgunaan sistem ini.
Semua pihak yang telah diberi kebenaran beroperasi tertakluk kepada pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Langkah ini bertujuan mengekang penularan pandemik Covid-19 dan melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19 dalam kalangan masyarakat.